[UPDATE] Jenazah Fadi Selamat Dikebumi

Sending
User Review
0 (0 votes)

[UPDATE] Jenazah Fadi Selamat Dikebumi. JENAZAH Pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI ), Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, selamat dikebumikan di Masjid Umari di Jabalia, utara Gaza selepas solat maghrib malam tadi(waktu tempatan). Jenazah dilaporkan tiba di Gaza pada 5.30 petang (11.30 malam Malaysia) dan disambut ahli keluarga dan ribuan penduduk gaza.

[UPDATE] Jenazah Fadi Selamat Dikebumi

Satu-satunya rakyat Malaysia di Gaza, Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman berkata, kawasan masjid berkenaan dipenuhi ahli keluarga Fadi dan penduduk sekitar.

“Ribuan memenuhi kawasan ini dan dia (arwah) disambut bagaikan wira,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Menurutnya, ahli keluarga arwah mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan semua pihak terbabit yang membantu memudahkan urusan membawa pulang jenazah Fadi ke kampung halamannya.

Terdahulu, jenazah diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Kaherah sebelum menempuh perjalanan hampir enam jam untuk tiba di Rafah.

Dalam kejadian di Setapak kira-kira 6 pagi Sabtu lalu, Fadi ditembak dua lelaki bermotosikal ketika mangsa dalam perjalanan ke surau untuk mengerjakan solat subuh.

Suspek sudah dikenal pasti pihak berkuasa dan usaha mengesan mereka yang dipercayai masih berada dalam negara sedang giat dijalankan.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!