Tarikh Hortikultur dan Agro Pelancongan MAHA2018

Sending
User Review
0 (0 votes)

Tarikh Hortikultur dan Agro Pelancongan MAHA2018. SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) kembali lagi tahun ini. Seperti biasa, MAHA2018 bertumpu kepada jualan hasil dan produk pertanian yang diyakini mampu menjadi daya tarikan pengunjung.

 MAHA2018

Tarikh Hortikultur dan Agro Pelancongan MAHA2018

MAHA2018 bakal berlangsung selama 11 hari bermula 22 November hingga 2 Disember depan dengan sasaran lebih 3.5 juta pengunjung dari dalam dan luar negara.

Sebanyak 1,500 khemah jualan akan dibuka. Ia termasuk 501 menu juadah popular dari seluruh negeri, produk industri asas tani (IAT), buah-buahan dan sayur-sayuran segar, anak pokok, bunga-bungaan, ikan dan makanan laut segar dan banyak lagi.

Semangat Hari Kebangsaan turut mewarnai majlis Program Countdown MAHA2018 di Dewan Maeps Serdang. Raja buah iaitu durian termasuk nanas dan kelapa akan turut ditampilkan pada MAHA2018 nanti.

Lebih menarik lagi, 13 pavilion negeri akan dibuka yang akan menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri yang dapat dinikmati pengunjung.

MAHA2018 menyasarkan lebih 3.5 juta pengunjung dari dalam dan luar negara

“Seperti MAHA yang lalu, semua halaman seperti laman perikanan, laman nenas, laman ternakan dan sebagainya akan ditampilkan semula agar pengunjung dapat menikmati sendiri pengalaman pertanian dengan ‘hands-on’,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub pada sidang media selepas Program Countdown MAHA2018 di Dewan Maeps Serdang di sini, semalam.

Tarikh Hortikultur dan Agro Pelancongan MAHA2018

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!