Jadual Tarikh Bayaran BRIM 2018

Jadual Tarikh Bayaran BRIM 2018 – Maklumat penting buat semua pemohon BRIM atau Bantuan Rakyat 1Malaysia, berikut dikongsikan jadual pembayaran BR1M 2018 juga panduan semakan status permohonan BR1M secara online. Untuk makluman, Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini mengumumkan kadar maksima BR1M dikekalkan sebanyak RM1,200 bagi penerima kategori 3 iaitu isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Tarikh Bayaran BRIM 2017

JADUAL PEMBAYARAN BR1M 2018

Berikut adalah jadual pembayaran BR1M 2018 mengikut kategori.

Kategori Jumlah Bayaran (RM) Bayaran Pertama (Feb) Bayaran Kedua (Jun) Bayaran Ketiga (Ogos)
1 450 450
2 900 300 300 300
3 1,200 400 400 400

Kategori 1: Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Kategori 2: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.

Kategori 3: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

 

Jadual Tarikh Bayaran BRIM 2018

Menurut kenyataan itu orang ramai yang ingin bertanya atau membuat semakan berkaitan BR1M boleh menghubungi talian hotline BR1M di talian 1-800-88-2716.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman blognya, www.najibrazak.com berkata sebanyak 5,153,238 permohonan BR1M telah diluluskan kerajaan setakat ini.

Perdana Menteri berkata, sebanyak 3,123,950 permohonan lagi masih dalam peringkat pemprosesan dan keputusan dijangka diumumkan bulan depan.

Menurut Najib sebanyak 2,782,799 pemohon akan menerima bantuan RM1,200 manakala 243,434 bagi bantuan RM900 dan selebihnya 2,127,005 layak untuk bantuan RM450.

Jadual Tarikh Bayaran BRIM 2018

BR1M, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 adalah antara mekanisme utama penyampaian bantuan subsidi bersasar yang diguna pakai bagi menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan mengalami banyak ketirisan.

Bagi BR1M tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih