Rezeki, Jangan Ditolak…

Sending
User Review
0 (0 votes)

Rezeki, Jangan Ditolak… PERSATUAN Warga Cinta Negara Malaysia (PENCINTA) menyumbangkan makanan percuma untuk penduduk Kota Bharu sepanjang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini. Pengarah Eksekutif Yayasan Pencinta Datuk Seri Izudin Ishak berkata, program makanan percuma itu adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk penduduk Kota Bharu.

Rezeki, Jangan Ditolak…

Katanya, ia sebenarnya diadakan setiap tahun dan tidak hanya ketika pilihan raya umum sahaja.

“Di Kelantan, banyak pihak yang sibuk apabila bermula kempen pilihan raya dan disebabkan itu, saya mengambil inisiatif untuk menyumbang makanan percuma sepanjang tempoh berkempen.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima daripada masyarakat dan penduduk di sekitarnya amat mengalakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Makan Percuma di Jalan Long Yunus, Kota Bharu yang dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh.

Sementara itu, Mohamad Fatmi berkata, beliau berterima kasih kepada Yayasan Pencinta yang prihatin menyumbangkan makanan percuma sepanjang tempoh berkempen selama 11 hari.

Menurutnya, ketika ini kebanyakan pihak sibuk dengan tugas masing-masing termasuk berkempen sekali gus memerlukan makan serta minum yang cukup.

“Makanan percuma yang disediakan ini bermula dengan sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam. Ia bukan hanya untuk warga Kota Bharu saja malah kepada mereka yang melalui kawasan ini.

“Dalam sehari dijangkakan seramai 3,000 orang dapat menikmati makanan secara percuma ini bermula 10 pagi hingga 2 pagi pada setiap hari,” katanya. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!