Pendarahan ajal bidadari syurga .. Ustazah Hana keguguran di tandas airport di perjalanan lawat suami sakit (10 Gambar)

Powered by WP Review

Pendarahan ajal bidadari syurga .. Ustazah Hana keguguran di tandas airport di perjalanan lawat suami sakit (10 Gambar). Labuan : Seorang Ustazah wanita yang dikenali dengan nama Nurfarhana Halim,23, yang bertugas di Pangkalan Udara Labuan (KAGAT) ditemui pengsan selepas keguguran ditandas Lapangan Terbang Labuan.

Pendarahan ajal bidadari syurga .. Ustazah Hana keguguran di tandas airport di perjalanan lawat suami sakit (10 Gambar)

Semasa kejadian Ustazah Hana dalam perjalanan pulang ke semenanjung untuk melawat suami nya yang sedang sakit di Hospital Tengku Mizan di Kuala Lumpur.


Mangsa ditemui oleh petugas Lapangan Terbang Labuan yang mana Usatzah Hana pengsan ditandas dengan pendarahan yang banyak telah dihantar ke Hospital namun meninggal dunia di Hospital Labuan.

Mangsa yang baru berkahwin dan sedang mengandung diberi cuti oleh majikan untuk menziarah suaminya yang jugak seorang tentera dari 15hb hingga 21 April untuk menjaga suami nya yang  sakit apendiks.

Namun segala hasrat Ustazah Hana tidak kesampaian apabila dia tidak sempat bertemu suami dan menjaga suami tersayang Ustazah dijemput ajal bersama anak dalam kandungan nya.

Apa yang berlaku mengundang pilu insan-insan yang mengenali Ustazah Hana yang bertugas sebagai Ustazah tentera, jenazah Ustazah di bawa pulang ke kampung halaman nya di Kedah untuk disemadikan.

Jenazah akan dikembumikan di Kampung Bagan Naka Kedah setelah tiba di Alor Star dari Labuan jenazah disambut oleh suami Ustazah yang masih murung tidak sihat, semoga suami dan seluruh keluarga Ustazah tabah.

Pergi nya bidadari syurga disaat mereka terpisah oleh tugas selepas perkahwinan dan hasrat mereka untuk berjumpa dan bersama seketika tidak kesampaian apabila mereka terpisah selamanya dipisah kan oleh Ajal, yang maha esa lebih sayang kan Ustazah Hana. Al fatihah. – accidentportal.net

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih