Pemandu teksi, Uber, Grab mencarum dengan Perkeso

Pemandu teksi, Uber, Grab mencarum dengan Perkeso – IPOH – Sejumlah 2,400 pemandu teksi termasuk Uber dan Grab di seluruh negara telah berdaftar di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak ia diperkenalkan pada 1 Jun tahun lalu.

mencarum dengan Perkeso

Pengurus Besar Bahagian Skim Perkhidmatan Pekerjaan Sendiri Perkeso Ismail Abi Hashim berkata bagaimanapun jumlah itu masih jauh berkurangan berbanding kira-kira 100,000 pemandu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pemandu teksi, Uber, Grab mencarum dengan Perkeso

Katanya, di Perak sahaja, terdapat 1,900 pemandu yang berdaftar dan hanya 309 pemandu yang menyertai skim tersebut.

“Kita sedang berusaha untuk memastikan semua pemandu teksi termasuk Uber dan Grab yang berdaftar untuk menyertai skim ini kerana kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa akan datang kerana skim ini merupakan perlindungan kepada pencarum dan tanggungan.

“Oleh itu, kita akan bekerjasama dengan SPAD, kerajaan negeri serta persatuan teksi di seluruh negara untuk memberi kesedaran kepada pemandu supaya menyertai skim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Cek Faedah Hilang Upaya Sementara bernilai RM1,850 kepada pemandu teksi Mohamad Helmi Hashim, 46, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 9 Disember tahun lalu.

Cek itu diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi dan Kampung Baru negeri Datuk Dr Mah Hang Soon di kediaman Mohamad Helmi di Chemor dekat sini hari ini.

“Caruman minimum dengan Perkeso bermula RM157 sehingga RM400 mengikut pelaksanaan gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan dan ia terpulang kepada pemandu untuk memilih caruman berdasarkan kemampuan dan kemahuan mereka,” katanya. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih