Misteri Tanah Perkuburan Sang Nila Utama Didedahkan

Sending
User Review
0 (0 votes)

Misteri Tanah Perkuburan Sang Nila Utama Didedahkan. Tersembunyi disebelah perumahan rumah pangsa HDB dan pusat penjagaan kanak-kanak di Bukit Purmei Ville, Singapura satu tanah perkuburan yang mungkin bersangkut paut dengan keturunan dan waris pengasas legenda awal Temasek (Singapura) iaitu Sang Nila Utama. Diselubungi rimbunan dedaunan, Tanah Perkuburan Islam Diraja di Bukit Keramat Kasita kini terbiar dan dipinggirkan.

tanah perkuburan sang nila utama

Misteri Tanah Perkuburan Sang Nila Utama Didedahkan

Tidak banyak yang diketahui tentang misteri 200 atau lebih makam disana. Walaubagaimanapun terdapat sedikit info yang mendakwa tanah perkuburan itu dibuka seawal tahun 1530 oleh Sultan Alaudin Riayat Shah II – keturunan ketujuh Sang Nila Utama, seorang Putera Kerajaan Palembang yang mengasaskan kerajaan Temasek (Singapura) pada 1299.

Terdapat banyak legenda mengenai kubur ini. Menurut Professor Miksic, salah satu cerita bahawa terdapat seorang puteri abad ke-16 yang mengorbankan hidup untuk ayahnya di kaki Gunung Faber. Walaupun ini tidak “diterima sebagai fakta sejarah”, mereka mempunyai peranan untuk dimainkan di dalam masyarakat.

Misteri Tanah Perkuburan Sang Nila Utama Didedahkan

Tanah perkuburan ini diselia oleh penjaga sukarela yang berusia 62 tahun yang hanya dikenali sebagai Mami Umi.

Makam-makam ini terletak diatas tanah negeri, ditandakan sebagai tapak rizab di bawah Pelan Induk Draf Lembaga Pembangunan Semula Bandar dan diuruskan oleh Lembaga Perumahan bagi pihak Pihak Berkuasa Tanah Singapura. Prof Miksic berkata mempunyai nilai sejarah yang patut dilindungi dan perlu lebih banyak penyelidikan dilakukan.

Misteri Tanah Perkuburan Sang Nila Utama Didedahkan

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!