Mesyuarat PM Bersama KSU Untuk Laksanakan 10 Janji Kerajaan Selesai

Powered by WP Review

Mesyuarat PM Bersama KSU Untuk Laksanakan 10 Janji Kerajaan Selesai. MESYUARAT khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan ketua-ketua setiausaha (KSU) kementerian berakhir kira-kira 11 pagi tadi.

Mesyuarat PM Bersama KSU Untuk Laksanakan 10 Janji Kerajaan Selesai

Malah, kenderaan-kenderaan yang membawa KSU kementerian juga mula meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP).

Usaha wartawan untuk mendapatkan penjelasan dan intipati mesyuarat daripada KSU kementerian yang hadir juga gagal kerana mereka berdiam diri dan menyerahkan kepada Tun Dr Mahathir untuk mengumumkannya.

Mesyuarat bermula 9.30 pagi itu turut dihadiri KSN dan ketua-ketua setiausaha kementerian dipercayai bagi membincangkan pelaksanaan 10 janji kerajaan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

Lebih 50 pengamal media termasuk wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi berkumpul di luar perkarangan YKP sejak 8 pagi tadi.

Buat masa ini, pengamal media yang hadir belum menerima apa-apa arahan untuk masuk ke bangunan berkenaan. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!