Lagi Kanak-kanak Maut ‘Diratah’ dan Diseksa

Powered by WP Review

Lagi Kanak-kanak Maut ‘Diratah’ dan Diseksa. Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun dipercayai dirogol dan diseksa sekurang-kurangnya lapan hari sebelum mayatnya ditemui dengan 86 kesan kecederaan, lapor media tempatan semalam.

Lagi Kanak-kanak Maut ‘Diratah’ dan Diseksa

Penemuan mayat itu hanya beberapa hari selepas kejadian rogol dan bunuh dua budak kecil termasuk seorang berusia lapan tahun menggemparkan India sehingga mencetuskan bantahan besar-besaran.

Menurut agensi berita ANI, mayat mangsa ditemui di padang kriket di Surat, Gujarat, pada 6 April lalu.

Laporan bedah siasat menunjukkan kanak-kanak itu dirogol dan diseksa sekurang-kurangnya lapan hari sebelum dicekik hingga mati.

Polis kini meneliti senarai orang yang dilaporkan hilang untuk memastikan jika mangsa tersenarai.

Sementara itu, Ketua Forensik Hospital Sivil, Ganesh Govekar, dipetik NDTV berkata: “Mayat mangsa mempunyai 86 kesan kecederaan termasuk di kemaluan. Kami sedang meneliti jika dia diberi dadah.

“Berdasarkan kecederaannya tidak mustahil mangsa dijadikan tawanan dan diseksa sebelum dibunuh.”

The Indian Express memetik Inspektor BK Jhala sebagai berkata, ibu bapa mangsa belum datang menuntut mayatnya, menyebabkan polis menyiarkan gambar kanak-kanak itu dengan harapan dapat mengesan keluarga serta identitinya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!