Kronologi Kes Cikgu Azizan: Runtuhnya Sebuah Institusi Perguruan

Kronologi Kes Cikgu Azizan: Runtuhnya Sebuah Institusi Perguruan – Ramai yang bertanya, bagaimana kronologi kes Cikgu Azizan yang tular di media sosial, apakah punca beliau didakwa di mahkamah, dan banyak lagi persoalan yang timbul.

Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan dimana guru disaman oleh penjaga. Sebelum ini juga terdapat beberapa kes ibu bapa menyaman guru atas pelbagai sebab. Ada juga yang dimemihak kepada guru dan ada juga yang tidak memihak kepada guru.

Kronologi Kes Cikgu Azizan: Runtuhnya Sebuah Institusi Perguruan

Nasib Cikgu Mohd Azizan yang menampar seorang murid yang didakwa oleh pihak Sekolah Kebangsan Taman Semarak sering kali melakukan kesalahan berat bakal ditentukan pada 19 Disember ini. Apabila beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban 2A Selasa ini atas tuntutan saman yang dilakukan oleh ibu bapa pelajar tersebut.

Berikut adalah serba sedikit perjalanan kes beliau:

31 Oktober 2017: Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.

Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500

Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan lain-lain.

Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 org pesalah .Tangan beliau DIGARI bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan:

Kronologi Kes Cikgu Azizan:

Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta. Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
Buli.

  • Memukul murid lain.
  • Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.
  • 27 November 2017: Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.
  • 19 Disember 2017: Perbicaraan akan bermula.

Seperti mana artikel sebelum ini: (Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan), sokongan kita kepada Cikgu Azizan terus diperluaskan.

Kita doakan beliau tabah dan bersabar atas ujian ini, walau kita tidak mengenali tetapi kita semua tetap bersama. Ini hari beliau, mungkin nanti tiba hari kita.

Walau di mana pun kita berada zahirkan sokongan anda, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, kita gunakan semaksimanya media yang ada, gunakan hastag #PrayForCikguAzizan

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih