Khasiat Misai Kucing Untuk Kesihatan

Sending
User Review
0 (0 votes)

9 Khasiat Misai Kucing Untuk Kesihatan. Bismillah, Tanaman herba misai kucing (Orthosiphon stamineus) telah berkurun lama digunakan secara tradisional untuk merawat gout, arthritis, dan keadaan kesihatan lain yang berkaitan dengan keradangan. Namun beigtu pengunaan herba misai kucing ini hanya berkitar dari pengalaman perubatan tradisional dan belum pernah dibuktikan dalam kajian sains.

Khasiat Misai Kucing

Untuk membuktikan samada herba misai kucing ini benar-benar efektif seperti yang digembar-gemburkan sejak lama,maka sekumpulan penyelidik tempatan telah mengambil inisiatif menjalankan kaji selidik keatas potensi herba misai kucing dalam merawat rheumatoid arthritis.Kajian ini akhirnya telah berjaya diterbitkan dalam jurnal antarabangsa BMC Complementary and Alternative Medicine.

Khasiat Misai Kucing Untuk Kesihatan

Gabungan penyelidik dari EMAN Research and Testing Laboratory, School of Pharmaceutical Sciences, Universiti Sains Malaysia dan Faculty of pharmacy, University Technology Mara (UiTM),Malaysia telah menjalankan penyelidikan menggunakan ekstrak 50 peratus etanol dari herba misai kucing sebagai rawatan untuk rheumatoid athritis.

Mereka juga telah menjalankan penilaian keatas aktiviti anti-arthritik pada ekstrak tersebut menggunakan ujian denaturasi haba in vitro dan model tikus athritis.

Keputusan menunjukkan bahawa rawatan dengan ekstrak etanol misai kucing telah menyebabkan perencatan edema pada kaki model tikus dan meredakan keradangan kronik dengan cara pengantungan pada dos.

Hasil dari imbasan sinar X yang dilakukan pada sendi synovial kaki belakang model tikus menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ciri kekuatan dan pemulihan pada tulang tibia-talus daripada luka degenerasi dan osteoporotik.Rawatan ini juga menunjukkan perlindungan yang signifikan terhadap tulang rawan dan tisu lembut.

Penyelidik juga mendapati bahawa ekstrak etanol herba misai kucing mempunyai kesan anti-athritis dan aktiviti antioksidan yang kuat, serta kandungan fenolik dan jumlah kandungan flavonoid yang tinggi.

Kesimpulannya, penyelidik berpuashati dan melaporkan penemuan dari kajian ini serta mencadangkan bahawa ekstrak etanol herba misai kucing didapati bermanfaat untuk mencegah dan merawat rheumatoid athritis serta gangguan keradangan kronik yang berkaitan.

Sumber:klinikkeputihan.blogspot.com/

Cat’s whiskers (Orthosiphon stamineus) tea modulates arthritis pathogenesis via the angiogenesis and inflammatory cascade

Inilah 9 Khasiat Misai Kucing Untuk Kesihatan

Pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan herba misai kucing kerana di negara kita sangat popular dengan jualan Teh Misai Kucing. Pokok herba ini boleh ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia Tropika.

Misai kucing atau nama saintifiknya ‘orthosiphon aristatus’ adalah asal usul nama kepada ‘lippenblutengewachse, lamiaceae, labiatae’. Jom, baca khasiat Misai Kucing iaitu:

1. Membersihkan Ginjal

Toksik seperti asid urik berlebihan, sisa-sisa metabolik dan pengumpulan asid perlu disingkirkan dari badan untuk mengelakkan pengumpulan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keletihan, kulit tidak berseri, daya tahan yang lemah, sengal-sengal dan lain-lain.

Misai Kucing ini elok untuk membersihkan ginjal dan saluran air kencing anda. Pendek kata ia membersihkan sistem perkumuhan anda. Oleh itu,jika anda kerap ke tandas untuk buang air,jangan fikir bahawa itu merupakan tindak balas yang negatif kerana sebenarnya ia menunjukkan proses pembersihan sedang berlaku.

Yang bagusnya,penyakit batu karang juga dapat dielakkan.

2. Merawat Kencing Manis

Misai kucing juga dapat membantu membuang toksin di dalam badan dan juga membantu mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah dengan ketara. Sekaligus mengelak dan merawat masalah kencing manis.

3. Merawat Tekanan Darah Tinggi

Ia membantu mengurangkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah dengan cara memisahkan sel-sel darah dari bercantum dan melekat.

4. Antioksidan

Menariknya mengenai Misai Kucing ini adalah ia dapat menjaga sel dari tindak balas radikal. Jika anda kerap minum teh Misai Kucing, maka anda pun dapat kelihatan muda.

Antara Khasiat Misai Kucing Yang Lain:

  • Mengurangkan tahap kolestrol.
  • Membaiki tahap stamina dan tenaga.
  • Mengurangkan inflamasi dan gout.
  • Mengurangkan pembendungan air.
  • Membantu melancarkan peredaran darah.

Cara-Cara Penggunaan Misai Kucing

Cara Pertama:

Ambil beberapa bunga herba Misai Kucing, kemudian rebusnya dengan lima cawan air.
Minum setiap hari pagi dan malam sebelum atau selepas makan.

Cara Kedua:

Ambil beberapa bunga herba Misai Kucing lalu digunting kecil-kecil atau dikoyakkan
Rendam dengan secawan air panas.
Tutup dan biarkan suam.
Minum hingga habis.
Amalkan setiap hari pagi dan malam.

Misai kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Anda dinasihatkan untuk menjaga pemakanan seperti gula dan sebagainya ketika pengambilan Misai Kucing untuk memastikan keberkesanan khasiatnya.

Semoga memberi manfaat.

9 Khasiat Misai Kucing Untuk Kesihatan

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!