Keputusan e-sukan Dota 2 Kejohanan ESL

Keputusan e-sukan Dota 2 Kejohanan ESL – PENDATANG baru, Newbee, sekali lagi mencipta kejutan apabila menumpaskan pasukan pilihan, Team Liquid. dalam perlawanan akhir e-sukan Dota 2 Kejohanan ESL One Genting di Genting Highland, hari ini.

Format perlawanan akhir yang ditambah kepada lima set menyaksikan Newbee menang 3-2.

Keputusan e-sukan Dota 2 Kejohanan ESL

Pasukan dari China itu menumpaskan pasukan berstatus otai, Team Secret, semalam, di separuh akhir dan strategi hampir sama turut membuahkan hasil pada perlawanan hari ini.

Meskipun cuba bangkit, Team Liquid seakan hilang punca dengan serangan bertali arus dan kegagalan memanfaatkan peluang menyerang di kubu Newbee seharusnya menimbulkan kesal di kalangan pemain.

Keputusan e-sukan Dota 2

Team Liquid gagal mengawal permainan sehingga Newbee menguasai tiga set dengan taktikal kemas sehingga mampu menumpaskan menara Ancient Team Secret dengan pantas.

Hampir 10,000 peminat Dota 2 membanjiri Arena of Stars sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung.

Dota 2 adalah permainan popular pertandingan e-sukan yang memerlukan lima pemain satu pasukan berentap menggunakan 115 karektor permainan.

ESL One seakan Sukan Olimpik untuk Dota membawa hadiah kira-kira RM1.6 juta dengan 200 markah. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih