Permohonan dan Kemaskini BR1M 2019 (BSHR 2019) Secara Online

Sending
User Review
2.3 (10 votes)

Permohonan dan Kemaskini BR1M 2019 (BSHR 2019) Secara Online. Maklumat penting buat semua pemohon BRIM atau Bantuan Rakyat 1Malaysia, berikut dikongsikan jadual pembayaran BR1M 2019 juga panduan semakan status permohonan BR1M secara online. Untuk makluman, Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini mengumumkan kadar maksima BR1M dikekalkan sebanyak RM1,200 bagi penerima kategori 3 iaitu isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Kemaskini BR1M 2018

Permohonan dan Kemaskini BR1M 2019 (BSHR 2019) Secara Online

Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BRIM 2019 secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Permohonan secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih. Panduan penuh lihat post ini.

Memohon dan kemaskini BRIM (BSHR 2019) secara offline:

Permohonan baharu dan pengemaskinian BR1M juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2019 .

Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau pejabat daerah.

Tarikh Pembayaran BRIM 2019 (BSHR 2019)

Pembayaran BR1M kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat empat kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Jun dan September. Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai Januari.

Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM mengikut kategori pendapatan bulanan.

Cara Pembayaran BRIM 2019 (BSHR 2019)

Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566 (Nombor bebas tol)
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my

Semoga Permohonan dan Kemaskini BR1M 2019 Secara Online ini berguna untuk semua.

_______________________________________

BR1M: Hanya yang layak boleh dapat

SHAH ALAM – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu diteruskan, cuma mekanisme pemberiannya perlu diperbaiki. Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor BR1M banyak memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar memerlukan seperti ibu tunggal, mereka yang tidak boleh bekerja kerana sakit dan lain-lain.

Malah katanya, bantuan ini perlu ditingkatkan lagi jumlahnya.

“Keluarga yang sangat perlu kita patut bagi bukan setakat RM800 malah lebih, misalnya ibu tunggal yang ada anak lapan ini seperti yang berlaku di Samarahan.

“Bukan setakat tiada duit nak makan malah terpaksa melalui dialisis lagi, jadi macam mana?,” katanya kepada Sinar Harian.

[ARTIKEL BERKAITAN:BR1M dikurangkan sebelum mansuh: Tun M]

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan akan mengurangkan jumlah BR1M sedikit demi sedikit sebelum ia dimansuhkan.

Katanya, antara mekanisme yang dicadangkan adalah dengan menyalurkan kepada mereka yang benar-benar layak dan miskin.

“Tidak boleh diberi secara pukal, kalau gaji RM4,000 di Kuala Lumpur itu kira susah, lainlah gaji RM3,000 tinggal di Bachok.

“Selain itu kita boleh sediakan mereka ‘pengail’ agar mereka boleh kerja, bagi latihan,” katanya.

Tegasnya, jika kerajaan bertegas juga mahu memansuhkan BR1M kerajaan perlu merencana sesuatu yang lebih baik agar kebajikan rakyat Malaysia terus terjaga.

“Kena tengok cara keseluruhan kebajikan rakyat, pastikan rakyat kita cukup makan, kos kesihatan diambil kira dan anak-anak mendapat pelajaran yang secukupnya,” katanya.

Sementara itu menurut, seorang lagi Penganalisis ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai menjelaskan bahawa pemberian BRIM yang dilaksanakan selama ini merupakan satu mekanisme jangka pendek.

“Ia bukan satu mekanisme jangka panjang untuk bantu golongan berpendapatan rendah.

“Malah telah mewujudkan masalah struktur dalam ekonomi, jadi ia perlu diganti tapi kerajaan kini kata nak teruskan sementara mewujudkan sistem yang lebih baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Barjoyai tidak menafikan bahawa BR1M telah banyak membantu golongan yang memerlukan.

“Kesan serta-merta jika ia diberhentikan ialah pertama dalam jangka pendek BR1M ada beri sumbangan kepada ekonomi dalam bentuk merangsang pertumbuhan ekonomi, sebab apabila wang tunai diberikan kepada pengguna yang berpendapatan rendah mereka akan terus belanjakan.

“Dan ini akan beri kesan berganda kepada ekonomi kerana apabila peniaga belanja ia akan tingkatkan permintaan dan kemudian tingkatkan pengeluaran dan apabila pengeluaran ditingkatkan banyaklah kesan berganda kepada pembekal, pekerja dan lain-lain tapi itu jangka pendek,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, sekiranya BR1M dimansuhkan pastilah kumpulan berpendapatan rendah akan kehilangan sumber.

“Jadi mereka akan hilang satu sumber jadi ia perlu diganti segera dengan cara kemungkinan wujudkan skim bersubsidi atau subsidi makanan kepada kumpulan pendapatan rendah.

“Wujudkan satu skim diskaun kepada kumpulan berpendapatan rendah yang gajinya kurang RM2,500 untuk dapat diskaun menerusi pembelian di kedai tertentu, atau boleh diberikan bentuk lain seperti bantuan persekolahan, pemberian harga khas petrol,” katanya.

Mengulas lanjut, Barjoyai berkata, isu pemansuhan BR1M ini bukan satu isu besar kerana pada masa ini jumlah yang diberi adalah sangat kecil berbanding dengan keperluan kumpulan berpendapatan rendah.

“Jadi cuma kumpulan ini terbiasa mereka kata walaupun sedikit sekurangnya ada, sekarang ini perlu ada skim yang lebih baik benar-benar mengeluarkan mereka daripada kancah kemiskinan,” katanya.

Permohonan dan Kemaskini BR1M 2019 (BSHR 2019) Secara Online

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms:

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!