Kantoi !! Ada tulisan Kuala Terengganu, tapi semua Vietnam

Kantoi !! Ada tulisan Kuala Terengganu, tapi semua Vietnam – BOT dipercayai milik warga Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kemaman selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen memasuki kawasan negara ini kelmarin.

Walaupun pada bot berkenaan tertera tulisan Kuala Terengganu tetapi bentuk dan warnanya tidak seperti bot nelayan tempatan menimbulkan kecurigaan.

Kantoi !! Ada tulisan Kuala Terengganu, tapi semua Vietnam

Berikutan itu, bot berkenaan bersama empat krunya ditahan dan dibawa ke Pangkalan Maritim Kemaman, Chukai untuk siasatan lanjut.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar dalam satu kenyataan berkata, bot berkenaan ditahan sepasukan anggota APMM yang melakukan rondaan Operasi Perkasa Timur pada 1.37 tengah hari kira-kira 55 batu nautika dari Kuala Kijal.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat lapan kru warga Vietnam termasuk nakhoda berusia 23 hingga 44 tahun berada di atas bot terbabit dan empat daripadanya gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

Katanya, kesemua kru berkenaan ditahan dan disiasat mengikut Akta Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/63. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih