8 Makanan Terbaik Untuk Menurunkan Kolesterol Jahat

Sending
User Review
0 (0 votes)

Inilah 8 Makanan Terbaik Untuk Menurunkan Kolesterol Jahat. Kolesterol jahat dalam badan memang tidak baik kerana kita akan mendapat pelbagai macam penyakit seperti hipertensi, diabetes dan jantung. Namun kita jangan bimbang kerana menurut American Heart Association (AHA), kita boleh menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh kita dengan cara memakan makanan yang sihat.

Menurunkan Kolesterol

8 Makanan Terbaik Untuk Menurunkan Kolesterol Jahat

Berikut ini ada 8 makanan terbaik untuk menurunkan kolesterol jahat:

Anggur Merah

Anggur merah boleh menurunkan kolesterol jahat pada tubuh kita. Menurut kajian, buah anggur merah yang digunakan untuk membuat ‘Red Wine’ mempunyai kesan penting dalam menurunkan kolesterol jahat.

Oat

Kita perlu membiasakan diri untuk mengambil oat setiap hari jika ingin menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh kita. Menurut sebuah kajian, mengambil dua bahagian oat setiap hari boleh menurunkan kolesterol jahat sebanyak 5.3% hanya dalam 6 minggu kerana oat mengandung zat yang disebut beta glukan, yang boleh menyerap kolesterol jahat.

Ikan salmon

Jenis-jenis ikan seperti ikan salmon, ikan sardin dan ikan herring boleh membantu dalam meningkatkan kadarkolesterol baik sebanyak 4% dan mengandungi asid lemak omega 3 sehingga dapat menjaga kadar kolesterol agar tetap dalam kawalan dan boleh mencegah penyakit jantung dan strok.

Kekacang dan biji-bijian

Kacang merah, kacang hitam, dan kacang pinto adalah jenis kacang yang boleh diambil untuk memenuhi satu pertiga daripada keperluan serat harian kita. Lemak tak tepu yang ditemui pada kacang dan biji bijian mempunyai molekul asidlemak yang rendah dan merupakan yang terbaik di antara 3 jenis lemak, iaitu lemak politaktepu, lemak tepu dan lemak tak tepu. Kekacang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol sebanyak 8%.

Teh

Teh dipercayai dapat mengikis lemak dan menurunkan kolesterol jahat. Teh mempunyai antioksidan dan kandungan kafein lebih sedikit daripada kopi. Dalam secawan kopi mengandungi sekitar 135 miligram kafein, sedangkan teh hanya mengandungi 30 – 40 miligram. Kandungan phytocemical dalam teh juga boleh membantu melindungi tulang. Sebatian tersebut juga berperanan sebagai pertahanan besar terhadap kadar kolesterol jahat (kolesterol LDL)

Coklat hitam

Coklat hitam mempunyai kandungan antioksidan yang banyak dan mempunyai peranan untuk mengurangkankolesterol. Pada satu kajian menyebutkan bahawa kandungan antioksidan pada coklat hitam dapat mengurangkan kerosakan pada pembuluh darah yang boleh mengancam kesihatan orang dengan sirosis (penyakit hati kronik). Para ahli menyarankan untuk mengambil 100 gram coklat hitam setiap hari dalam membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular sebanyak 21%.

Bayam

Sayur Bayam mengandungi sekitar 13 sebatian flavonoid yang menjauhkan kita dari kanser, penyakit jantung, dan osteoporosis. Beberapa literatur menyebut, mengambil sayur-sayuran yang kaya kandungan lutein ini akan menjaga kita dari serangan jantung.

Minyak zaitun (olive oil)

Minyak zaitun (olive oil) mempunyai banyak manfaat kesihatan. Asam lemak tak jenuh tunggal pada Minyak zaitun boleh melindungi jantung kerana boleh menurunkan kolesterol, trigliserida, dan kolesterol LDL (jahat), tanpa menurunkan kadar kolesterol baik.

8 Makanan Terbaik Untuk Menurunkan Kolesterol Jahat

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

Leave a Reply