Remaja 13 Tahun ‘Goyang’ Adik Sejak Tiga Tahun Lalu

Sending
User Review
0 (0 votes)

Remaja 13 Tahun ‘Goyang’ Adik Sejak Tiga Tahun Lalu. MERSING – Seorang kanak-kanak perempuan yang kini berusia 7 tahun menjadi mangsa rogol abang kandungnya sejak tiga tahun lalu. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, mangsa telah dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Remaja 13 Tahun ‘Goyang’ Adik Sejak Tiga Tahun Lalu

“Suspek melakukan perbuatan itu terhadap adik bongsunya berulang kali sejak tiga tahun lepas.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati kesan koyakkan lama pada kemaluan mangsa dan mangsa ditahan wad di Hospital Ismail untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Cyril berkata, suspek yang kini berusia 13 tahun pula ditahan semalam sebaik aduan diterima.

Katanya, perbuatan anak sulung itu terbongkar apabila mangsa mengadu rasa sakit pada kemaluannya kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin.

“Semalam kami terima aduan daripada ibu mangsa yang mendakwa anak perempuannya mengadu sakit di bahagian kemaluan.

“Mangsa memaklumkan kepada si ibu, suspek telah melakukan perkara tidak senonoh kepadanya beberapa kali,” katanya.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi esok untuk permohonan reman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!