Akhirnya ‘Sarjan Faiz’ kena cekup depan hotel

Akhirnya ‘Sarjan Faiz’ kena cekup depan hotel – SUSPEK menyamar ‘Sarjan Faiz’ yang melarikan Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi, 17, dari rumahnya di Kampung Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub, 27 Disember lalu, ditahan polis di Ipoh.

Sarjan Faiz

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata lelaki 32 tahun beralamat di Taman Bukit Indah, Bentong, itu ditahan depan hotel di Jalan Dr Nazrin Shah, pada 2.05 pagi Sabtu.

Akhirnya ‘Sarjan Faiz’ kena cekup depan hotel

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek pernah terbabit dalam beberapa kes jenayah di Mentakab, Brinchang, Pekan dan negeri lain iaitu di Bakri, Johor; Chukai, Terengganu dan Kuala Lumpur.

“Ia membabitkan kesalahan menyamar sebagai penjawat awam, penipuan, mencabul, rogol dan mencuri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan ditahan reman empat hari sehingga Selasa ini untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 363 dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menculik serta menyamar sebagai penjawat awam.

Harian Metro pada 29 Disember 2017 melaporkan kehilangan Nur Syaminn selepas dia dikatakan dibawa suspek terbabit konon untuk membantu mengambil motosikal yang dibeli di pekan Sungai Ruan dengan meminta izin kepada ibu mangsa di rumahnya kira-kira 11 pagi, pada 27 Disember.

Pada kira-kira 3 petang hari sama, Nur Syaminn menghubungi Wan Maziah memaklumkan dia berada di Gua Musang, Kelantan, bersama suspek terbabit sebelum talian dimatikan.

Gadis itu kemudian ditemui selamat di stesen bas di bandar Raub pada 11.05 pagi, pada 29 Disember, selepas menaiki bas dari Kuala Lumpur dan dibawa polis untuk siasatan lanjut.

Sehubungan itu, polis melancarkan gerakan memburu suspek dan ditahan selepas 10 hari menyembunyikan diri. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih