Zaid Ibrahim ‘Lompat’ Lagi, Kali Ini DAP Pulak!

Zaid Ibrahim ‘Lompat’ Lagi, Kali Ini DAP Pulak! | PETALING JAYA – Bukan mengejutkan sesiapa lagi apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini tampil mengumumkan beliau sanggup menyertai DAP. Beliau yang sudah berusia 65 tahun sebenarnya telah beberapa kali menyertai pelbagai parti politik dan akhirnya mengumumkan hasrat untuk menyertai DAP dalam satu sidang media di kediamannya, di sini pagi Selasa.

zaid ibrahim lompat lagi

Ujar Zaid, penyertaan ke dalam parti cauvinis tersebut kerana percaya ia mampu menyelasaikan masalah rakyat marhaen, sebagaimana yang telah dibuktikan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.

Zaid Ibrahim ‘Lompat’ Lagi, Kali Ini DAP Pulak!

“Saya mengumumkan hari ini bahawa saya telah menyertai DAP. Saya berjuang politik dengan prinsip yang tidak berubah. Pemimpin kena ikhlas dan bertanggungjwab kepada rakyat serta mereka kena adil kepada semua pihak.

“Saya percaya DAP mampu membantunya,” kata beliau sekali gus memberi tamparan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sebuah parti pembangkang kecil serpihan UMNO ciptaan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Alasanya yang diberikan Zaid juga agak lucu kerana penduduk Melayu di Pulau Pinang selama ini mendakwa mereka sebagai minoriti di negeri tersebut sering ditindas oleh pentadbiran DAP atas pelbagai sebab pelik.

Zaid Ibrahim ‘Lompat’ Lagi, Kali Ini DAP Pulak!

Ironi, pengumuman Zaid untuk menyertai DAP merupakan ‘lompatan’ kali ketiga beliau dalam kancah parti politik nasional sejak mengisytiharkan meninggalkan UMNO secara mengejut pada 15 September 2008 lalu.

Ia memang dijangka kerana Zaid lantang mengkritik penahanan ahli Parlimen DAP, Teresa Kok; penulis blog, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Tan Hong Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ramai ahli UMNO marah dengan langkah bekas peguam itu yang menyaksikan Zaid bertindak menyerahkan Bangunan UMNO Bahagian Kota Bharu miliknya kepada kerajaan PAS Kelantan pada 19 Oktober 2010.

Zaid Ibrahim ‘Lompat’ Lagi, Kali Ini DAP Pulak!

Beliau kemudian pernah menyertai PKR pada Jun 2009 tetapi meninggalkan parti tersebut pada November 2010 atas alasan konon tidak berpuas hati dengan penipuan dan pembelian undi dalam pemilihan jawatan parti.

Ia menyaksikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai timbalan presiden. Sebulan kemudian pada tahun yang sama, beliau mengambil-alih sebuah parti ‘nyamuk’ iaitu Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Asalnya parti tersebut ialah Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan Zaid menjadi presiden tetapi melepaskan jawatannya pada 2012 sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih