WOW, LUAR BIASA !! Neelofa Raih RM1.3Juta Selepas 3 Minit Lancarkan Koleksi Tudung Terbaharu (3 Gambar)

WOW, LUAR BIASA !! Neelofa Raih RM1.3Juta Selepas 3 Minit Lancarkan Koleksi Tudung Terbaharu (3 Gambar)

Sebut sahaja Neelofa, pasti semua sudah mengenalinya. Walaupun membina kerjaya seni melalui pelakon dan pengacara, namun nampaknya rezeki Neelofa lebih berganda melalui perniagaan.

Perniagaan Naelofa Hijab yang diusahakannya selama dua tahun sudah berdiri diatas kelasnya yang tersendiri. Malah kini, Neelofa mampu berbangga dengan perkembangan yang sangat memberangsangkan.

Menariknya, Neelofa mampu menarih RM1.3 Juta hanya selepas 3 minit melancarkan koleksi terbaru tudung jenamanya.

“Setiap kali kami membuka pesanan saja, satu hingga lima minit akan habis dijual kepada stokis. Kadang kala ia mencecah RM1.2 juta hingga RM1.3 juta dalam masa tiga minit saja. Daripada situ kita boleh tengok kepercayaan orang dari segi kualiti dan harga yang kita tawar,” katanya dipetik melalui Malay Mail Online.

“Sangat luar biasa sebab mereka terkejut dengan koleksi kami. Mereka tidak biasa dengan tudung segera. Jadi bila kami persembahkan, mereka anggap ia ajaib dan automatik. Apa yang mereka pakai, tudung panjang yang perlu dililit dan banyak pin”

“Mereka tidak biasa melihat tudung berhias dan berkelipan. Mereka biasa dengan tudung kosong dan dililit sahaja. Produk kami ini baru bagi mereka dan satu inovasi dalam industri. Kita rasa Malaysia tertinggal tetapi tidak, kita maju dan moden berbanding mereka dari segi inovasi,”

Stokis dibawah jenama Naelofar Hijab kini sudah mencapai 400 seluruh negara termasuk luar negara iaitu Brunei, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Austria.

Malah, koleksi terbaru tudung Naelofar juga turut akan dipasarkan di kota London bermula hujung bulan hadapan dan beberapa negara eropah lain termasuk Turki.

“Di London ada satu syarikat atas talian Haute Elan yang akan buka kedai di tengah kota raya itu. Naelofar Hijab satu-satunya produk tudung segera dari Malaysia yang akan dipasarkan.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih