WANITA WAJIB BACA !! 10 TANDA AWAL KANSER SERVIKS YANG ANDA MESTI TAHU !!

WANITA WAJIB BACA !! 10 TANDA AWAL KANSER SERVIKS YANG ANDA MESTI TAHU !!

Kanser pangkal rahim atau lebih dikenali sebagai kanser serviks adalah salah satu kanser yang cukup dikenali dalam kalangan wanita di seluruh dunia. Ia berlaku dalam sel-sel pangkal rahim iaitu di bahagian bawah rahim yang bersambung dengan faraj.

Persatuan Kanser Amerika menganggarkan bahawa kira-kira 12,900 kes baru kanser serviks akan didiagnosis dan kira-kira 4,100 wanita akan mati akibat penyakit ini pada tahun 2015. Ini adalah anggaran yang sangat mengejutkan tetapi ianya suatu kenyataan benar.

Tanda-Tanda-Mengesan-Kanser-Pangkal-Rahim2

Hampir semua kes kanser pangkal rahim disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai Human Papillomavirus (HPV). Wanita pada semua peringkat umur berisiko mendapat kanser ini selepas mereka mula melakukan persetubuhan.

Faktor-faktor risiko termasuk melakukan seks secara tidak selamat, seks secara rambang, berat badan berlebihan, penggunaan pil perancang, genetik, merokok, imuniti yang lemah, kehamilan berganda dan kehamilan pertama pada usia yang muda.

Salah satu perkara yang paling menakutkan tentang kanser ini ialah ia tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. Selepas penyakit itu telah merebak ke pundi kencing, hati, usus atau paru-paru, tanda-tandanya mula kelihatan. Sebagai seorang wanita dewasa, jika anda melihat apa-apa perubahan yang luar biasa atau tanda-tanda yang memberikan kesan kepada organ-organ pembiakan anda, berjumpalah dengan doktor sebagai langkah awal pencegahan.

Sentiasa ingat bahawa peluang anda untuk berjaya merawat kanser pangkal rahim adalah lebih tinggi jika ia dikesan pada peringkat awal. Dengan menggunakan ujian Pap dan vaksinasi HPV, ia menjadi suatu kemungkinan kanser tersebut dapat dirawat dan sekaligus turut mencegah daripada berlakunya kanser pangkal rahim.

Dengan pengetahuan tentang risiko-risiko dan tanda-tanda awal kanser pangkal rahim, anda boleh menyelamatkan diri dan orang lain daripada menanggung penderitaan kanser tersebut seumur hidup.

Berikut adalah 10 tanda awal kanser serviks yang perlu anda tahu

Berlaku pendarahan pada faraj secara tidak normal

Kebanyakan wanita yang didiagnosis dengan kanser serviks mengalami pendarahan yang tidak teratur. Satu tindakan yang dapat menjejaskan pendarahan faraj yang berlaku secara teratur boleh menjadi penunjuk kanser serviks. Ia juga boleh disebabkan oleh keadaan perubatan lain, seperti ketidakseimbangan hormon, penyakit keradangan pelvis atau jangkitan pada organ-organ pelvis.

Kanser serviks mampu merebak ke tisu berdekata. Ianya juga dapat mewujudkan kapilari baru yang tidak normal dan mudah pecah serta boleh menyebabkan pendarahan. Pendarahan itu boleh berlaku di antara tempoh haid, selepas melakukan hubungan seks, selepas menopaus mahupun selepas pemeriksaan pelvik. Pergi berjumpa dengan  doktor  jika anda mengalami pendarahan antara kitaran haid atau selepas hubungan seks. Ianya mungkin menjadi suatu tindakan awal dalam mencegah kanser serviks yang mungkin telah mula wujud dalam diri anda.

Faraj mengeluarkan suatu cecair yang luar biasa

Sedikit penjelasan kepada anda, cecair keputihan dan berbau adalah perkara biasa yang faraj anda mungkin akan keluarkan. Walau bagaimanapun, jika lelehan faraj bertambah, bau busuk dan cecair yang keluar tidak tetap, ia boleh menjadi tanda awal jangkitan faraj, kanser pangkal rahim atau endometrium.

Apabila mengalami kanser pangkal rahim, cecair keputihan yang keluar boleh menjadi berat, pucat, berair, mungkin berwarna coklat atau bercampur dengan darah. Jika anda mengalami gejala ini, segera merujuk kepada doktor anda dengan segera sebelum ianya terlambat.

Berasa sakit semasa melakukan hubungan seks

Hubungan seks yang menyakitkan adalah satu lagi tanda awal kanser serviks yang penting. Gejala ini menunjukkan kanser serviks yang lebih berkembang, dimana kanser tersebut telah merebak ke seluruh tisu-tisu dan organ-organ pembiakan. Selain daripada rasa sakit, anda juga mungkin mengalami gejala-gejala lain, seperti suatu ketebalan di dalam faraj atau keputihan yang berbau busuk.

Terdapat sebab-sebab lain yang mungkin bagi mengkaitkan masalah ini khususnya, seperti jangkitan atau PCB. Jangan mengabaikan gejala ini. Dapatkan pemeriksaan serviks oleh doktor atau pakar yang anda percayai. Anda mungkin berjaya mencegah kanser tersebut daripada berjaya mendatangkan penderitaan kepada hidup anda.

Kesakitan pada pelvis

Kesakitan pada pelvis adalah perkara biasa yang berlaku dalam kalangan wanita. Kekejangan dan kesakitan tertentu adalah sebahagian perkara yang normal dalam kitaran haid dan janganlah biasanya tidak menunjukkan kehadiran kanser atau mana-mana keadaan serius yang lain. Walau bagaimanapun, kesakitan yang berlangsung  dalam tempoh yang lebih lama dan lebih kerap berlaku boleh menjadi tanda kanser pangkal rahim yang anda tidak patut pedulikan.

Jika anda mengalami kanser pangkal rahim, anda mungkin mengalami sakit pelvis pada masa-masa yang luar biasa, dan rasa sakit yang mungkin bermula secara tiba-tiba pada bila-bila masa dalam bulan-bulan tertentu. Di samping itu, kesakitan tersebut biasanya tidak berlaku melainkan jika kanser berada dalam peringkat yang seterusnya, iaitu dimana kanser tersebut telah mula lebih berkembang. Jika anda mempunyai pengalaman berasa sakit pada pelvis atau merasakan suatu tekanan, anda patut berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan mencegah kemungkinan kanser serviks daripada berlaku.

Ketidakselesaan semasa membuang air kecil

Kanser serviks juga boleh menyebabkan rasa tidak selesa ketika membuang air kecil. Malah, ia adalah salah satu daripada tanda-tanda yang paling jelas dan ketara bahawa penyakit ini boleh membawa maut. Ketidakselesaan membuang air kecil termasuk rasa seperti terbakar, rasa pedih atau sensasi yang ketat ketika membuang air kecil. Gejala seperti ini berlaku apabila kanser telah merebak ke tisu berdekatan. Hal ini memerlukan perhatian segera untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.

Walau bagaimanapun, ketidakselesaan semasa membuang air kecil juga boleh disebabkan oleh sebab-sebab lain, seperti jangkitan saluran kencing, masalah pundi kencing, jangkitan yis atau penyakit kelamin (STD). Pastikan anda sentiasa diperiksa oleh doktor samada didiagnosis atau terus mendapatkan rawatan yang sewajarnya bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih teruk sekaligus memberikan laluan kepada kanser serviks untuk terus berkembang dalam tubuh anda.

Tempoh haid yang lebih lama dan berat

Tempoh haid yang lebih berat dan lebih lama daripada biasa adalah satu lagi tanda-tanda awal kanser serviks. Sebagai contoh, kerengsaan serviks mungkin disebabkan oleh penyebaran kanser pangkal rahim dan menjadi antara kaitan utama dalam masalah ini. Pendarahan dianggap berat jika anda perlu menukar tuala wanita atau tampon lebih kerap daripada sekali dalam tempoh setiap 2 jam.

Selain kanser, pendarahan berat boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, fibroid, polip, penyakit keradangan pelvis, endometriosis atau tiroid, masalah pada organ yang berdekatan dengan hati atau penyakit buah pinggang. Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan tertentu. Apa-apa perubahan dalam ketekalan haid perlu dibincangkan dengan doktor anda. Ingatlah bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati.

Kehilangan kawalan pada pundi kencing

Kerap memerlukan waktu rehat adalah biasa dalam kalangan wanita hamil dan orang-orang yang telah meningkatkan pengambilan pelawas dalam diri mereka. Jika anda mengalami masalah ini tanpa mengetahui apa sebabnya, ianya mungkin perlu dilakukan penilaian pada peringkat yang seterusnya.

Kehilangan kawalan pada pundi kencing adalah masalah utama apabila seseorang itu menghidap kanser serviks. Ia biasanya menunjukkan bahawa kanser tersebut telah merebak di luar kawasan setempat dan memberi kesan kepada pundi kencing atau bahagian-bahagian lain saluran kencing. Orang yang telah didiagnosis dan disahkan menghidap kanser ini sering mengalami masalah kehilangan kawalan pundi kencing ditambah pula dengan darah dalam air kencing. Anda perlu berjumpa dengan doktor atau pakar yang dipercayai sekiranya masalah tersebut berlaku kepada anda bagi mendapatkan pemeriksaan sekaligus mampu menjauhkan anda daripada risiko menghidapi kanser serviks.

Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan

Seperti tanda-tanda lain apabila kanser telah mula dihidapi, penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan juga boleh dikaitkan dengan kanser serviks. Apabila menderita suatu kanser, sistem imun dalam badan bekerja kuat untuk melawannya. Badan akan menghasilkan protein kecil yang dikenali cytokines yang memecahkan lemak pada kadar yang lebih tinggi daripada biasa. Hal ini membawa kepada penurunan berat badan, tanpa mengira diet anda.

Jika anda tiba-tiba kehilangan berat badan dan mempunyai beberapa gejala lain seperti yang telah disebut dalam artikel ini, ia mungkin disebabkan oleh kanser serviks yang telah mula berkembang. Adalah penting bahawa anda mendapatkan pemeriksaan kesihatan daripada doktor dan pakar yang dipercayai.

Keletihan yang berterusan

Hari yang sibuk sering dialami oleh sesiapa sahaja, tetapi dengan rehat yang secukupnya, anda akan berasa segar dan bertenaga. Jika anda berasa lemah atau kekurangan tenaga pada setiap masa walaupun berehat anda telah lama mengambil rehat, ia boleh menjadi perkara yang sangat membimbangkan.

Apabila seseorang menderita kanser, sel darah merah akan digantikan dengan sel-sel darah putih untuk melawan penyakit ini. Ini menyebabkan anemia, yang membawa kepada keletihan, kekurangan tenaga dan hilangnya selera makan. Di samping itu, terdapat juga masalah kurangnya bekalan oksigen kepada badan. Tindak balas penyakit anemia adalah tanda amaran bahawa kanser tersebut sedang berkembang dengan pesat. Anda perlu untuk mendapatkan rawatan secepat yang mungkin bagi mengelakkan penyakit tersebut terus merosakkan diri anda.

Sakit kaki

Wanita yang didiagnosis dan disahkan menghidapi kanser pangkal rahim sering mengalami bengkak dan sakit pada kaki mereka. Apabila kanser mula merebak, ia akan menghalang aliran darah, yang menyebabkan bengkak pada kaki. Kaki bengkak sering membuatkan anda sakit, rasa sakit sehingga sukar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian anda scara normal. Apabila dikaitkan dengan kanser serviks, kesakitan tersebut mula cenderung untuk berterusan dan meningkatkan intensiti dari masa ke masa. Pada seketika waktu, anda mungkin juga mula mendapat sakit belakang.

Ingat, sakit kaki tidak bermakna anda menghidapi kanser. Jika anda mempunyai kesakitan pada kaki dan beberapa gejala yang telah dinyatakan di atas untuk beberapa minggu, langkah pertama yang wajar dan terbaik untuk diri anda adalah berjumpa dan mendapatkan pemeriksaan oleh doktor yang anda percayai. Pastikan kualiti hidup anda tidak sesekali dijejaskan oleh kanser serviks dan merosakkan hubungan anda bersama orang yang tersayang.

Sumber: cun.my

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...