Wanita Terkejut Ketika Makan Salad Nando’s

Wanita Terkejut Ketika Makan Salad Nando’s

Manchester – Seorang atlet wanita terkejut apabila menemui bangkai seekor katak yang hampir reput dalam salad Nando’s selepas dia telah memakan hampir sebahagian daripadanya.

Louise Rudd, dari Manchester telah memesan Chicken Quinoa Salad di restoran Nando’s di Timur Didsbury bersama anak dan suami apabila dia menjumpai katak itu di dalam makanannya.

Menurut Manchester Evening News, atlet itu berkata, “Sangat menjijikkan. Apabila terlihat katak itu, saya sudah hampir menghabiskan salad yang diberikan. Ianya dahsyat, katak itu masih lengkap biarpun hampir reput. Saya berlari ke bilik air kerana mula berasa mual. “

Sehubungan itu Louise memohon objek dalam saladnya itu dibawa ke makmal untuk pemeriksaan yang seterusnya mengesahkan, ianya adalah sejenis katak Eropah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih