Wanita Parah Ditembak Di Lampu Isyarat

Wanita Parah Ditembak Di Lampu Isyarat

Sungai Buloh – Seorang wanita cedera parah akibat ditembak di persimpangan lampu isyarat berhampiran tol Sungai Buloh di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 8 pagi, wanita berusia 51 tahun itu ditembak dari luar keretanya ketika dia berhenti.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Asisten Komisioner Junaidi Ujang berkata, suspek yang menembak wanita itu dipercayai menaiki motosikal dan belum dikenal pasti.

Katanya, suspek menembak mangsa dari arah kanan kereta.

“Mangsa kini masih dalam rawatan kecemasan dan belum dapat ditemubual untuk maklumat lanjut.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui dua anak peluru jenis .38 dan siasatan lanjut masih diteruskan,”katanya

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih