Wanita Ini Kongsikan Tips Penting Didik Anak Supaya Tak Sombong

Wanita Ini Kongsikan Tips Penting Didik Anak Supaya Tak Sombong ((SEBARKAN)) Salah satu penyakit hati dalam diri manusia yang dalam menutup hidayah Allah swt ialah sifat sombong dan angkuh. Orang yang lebih dari segi harta, kedudukan, ilmu dan keturunan selalunya akan merasakan dirinya lebih baik dan memandang rendah akan kekurangan orang lain.

didik anak header

Wanita Ini Kongsikan Tips Penting Didik Anak Supaya Tak Sombong

Oleh itu, ibubapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk sikap merendah diri dan menghormati orang lain dalam diri anak. Walaupun kita sendiri dalam tak sedar dah ajar anaksupaya mengutuk orang lain. Cara wanita ini didik anaknya jadi humble memang kami respect habis. Jom baca!

Naluri anak akan bangga kalau kerja best-best, so ajarlah anak humble.

Vaksin/tak vaksin, susu badan /susu formula /gov school /private school /anak 3 tahun pandai baca or 7 tahun baru pandai baca, semua tu tak bermakna kalau kita gagal didik anak kita erti respect, humble dan menghargai sesuatu benda.

1. For example, naluri anak akan bangga kalau mak bapak kerja best-best. Ingat masa kita sekolah kan, kalau anakdoctor ke, anak engineer ke, memang orang punya respect lain macam. So ajarlah anakkita jadi anak yang humble. Nanti kat sekolah, university dia akan jumpa anak-anak petani, anak nelayan etc, jangan sampai anakkita jadi anakyang sombong tak nak campur dengan orang susah or pandang rendah pada org susah.

2. Anak saya Balqis pun dah pandai tanya. ‘Ibu kerja apa ni? Papa kerja apa ibu?’ Budak-budak curious nak tahu. Dari situ kita kena tanam dalam diri mereka sifat rendah diri. Kena semai bahawa bukan ibubapa diorang je yang bagus, kena semai bahawa semua ibubapa dalam dunia ni bagus tak kira kerja apa. Biar nanti dia berkawan dengan anak doktor dia respect, berkawan dengan anak peguam dia respect, berkawan dengan anak nelayan petani pon dia respect kawan dia.

Bila anak tengok pekerja buruh ajar anak berterima kasih, bukan memandang orang pakai smart je

3. Pernah saya lalu atas jalan tengok buruh buat kerja, dia akan tanya, ‘ibu orang tu buat apa? Tu kerja apa?’ Saya cakap, ‘pakcik tu buat jalan Balqis, kalau pakcik tu tak ada, kita tak boleh naik kereta atas jalan ni. Papa pon tak reti nak buat.’

Then dia cakap ooo ibu.. jadi Balqis kena cakap terima kasih ke ibu? Saya cakap ye cakap terima kasih kat pakcik. Tu cara saya didik anak supaya jangan hanya pandang tinggi pada orang pakai smart-smart je, sebab saya tak nak dia jadi anak yang sombong nanti.

4. Jangan buat kesilapan dengan berkata – Tulah kalau malas belajar, kerja tempat kotor dan panas, jangan jadi macam tu ye anak.

5. Kita sebenarnya niat nak suruh dia nanti belajar sungguh-sungguh, tapi sebenarnya kita mendidik anak kita menghina dan memandang rendah pada orang lain. Bahaya ye tuan puan, janganlah didik anak kita jadi anak yang sombong.

Sifat anak-anak ni jujur. Jangan ajar anak mengutuk/mengeji.

6. Kalau nampak binatang kucing ke kalau kotor contohnya, budak-budak nak pergi dekat kucing tu, cakap ‘Jangan pergi, kotorlah, berkurap nanti kena penyakit.’

7. Tukar dengan ayat yang lebih merendah diri, ‘jangan pergi dekat kucing tu, dia kotor sebab tak mandi lagi, nanti dia dah mandi baru boleh main dengan dia or ayat-ayat sewaktu dengannya.’

8. Maksud saya jangan biasakan anak-anak dengan ayat mengeji, mengutuk dan menghina.

9. Anak-anak ni jujur, kalau buruk dia akan cakap buruk tapi kita jangan biarkan kejujuran mereka tu jadi satu masalah bila dia besar. Kalau dengar anak cakap, ‘ee buruknya ibu, keciknya rumah dia, kotornya dia.’ Kita jangan diam je, nanti dia akan jadi anak yang judging. Terus kita tegur direct tak boleh cakap macam tu or at least, kita justify kenapa benda tu buruk/kotor in positive way.

10. Kita konon-konon nak anak kita jadi mulia, merendah diri, tak sombong tapi dalam masa yang sama kita tak sedar kita mendidik mereka jadi anak yang sombong. Nauzubillah.

#selfreminder jugak

sumber:  Nurulbadiah Lai | ohbulan

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih