Wanita Cantik Ini Ditemui Mati Dalam Bilik Air Dipercayai…

Wanita Cantik Ini Ditemui Mati Dalam Bilik Air Dipercayai…

KLUANG – Seorang wanita dijumpai mati di dalam bilik air dipercayai dibunuh di kediamannya di Taman Desa, di sini, petang tadi.

Mangsa, S Chintra,31 ditemui oleh bapa saudara dan sepupunya di dalam bilik air ketika datang ke kediamannya berikutan panggilan tidak dijawab.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Mohamad Laham berkata, mangsa merupakan seorang wanita India yang bekerja sebagai kerani di sebuah Syarikat Gdex Kluang.

“Hasil pemeriksaan awal oleh pihak kecemasan Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Kluang mendapati terdapat kesan jerut pada leher mangsa.

“Menurut saksi,  mangsa dikatakan keluar dari pejabat pada waktu makan tengahari dan tidak masuk semula ke pejabat.

“Sebelum kejadian lebih kurang jam 3.30 petang sepupu mangsa telah menghubungi mangsa dan panggilan terjawap namun tiada yang bercakap dan sepupu mangsa mendengar ada bunyi pergerakan dalam rumah dan ada bunyi buka pili air sebelum terputus panggilan.

“Sepupu mangsa menghubungi bapa mangsa dan mereka telah ke rumah mangsa mendapati pintu rumah terbuka dan apabila masuk mendapati bilik utama terkunci. Setelah dipecahkan kelihatan mangsa dalam keadaan separuh badan (pinggang ke atas) terlungkup dalam tab mandi,” katanya.

Mohamad berkata, bapa saudara dan sepupu mangsa telah membawanya ke hospital dan disahkan meninggal dunia oleh pihak wad kecemasan Hospital Kluang.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati keadaan bilik mangsa agak berselerak dan dipercayai berlaku pergelutan semasa kejadian antara mangsa dan saspek.

“Sebentuk loket emas milik mangsa dijumpai di dalam bilik tepi katil tanpa rantai.

“Selain itu, antara barang yang hilang milik mangsa setakat ini adalah sebuah telefon bimbit Sony Ericsson,  telefon bimbit iPhone 5,  rantai emas, dua bentuk cincin dan satu kunci kereta produa Myvi,” katanya.

Tambahnya, motif kejadian dipercayai cemburu dan dendam sehingga menyebabkan mangsa dibunuh.

Katanya, bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan esok untuk mendapatkan maklumat yang terperinci punca kematiannya.

“Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 302 Kanun keseksaan,” katanya. lapor Sinar Online.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...