Wabak Misteri Di Negeri Sembilan Yang Pernah Mengegarkan Negara

Wabak Misteri Di Negeri Sembilan Yang Pernah Mengegarkan Negara

Wabak Misteri Di Negeri Sembilan Yang Pernah Mengegarkan Negara – Pada awal tahun 1999, seorang demi seorang penduduk Kampung Sungai Nipah, Negeri Sembilan mula jatuh sakit dan mati tanpa sebarang penjelasan. Satu wabak misteri mula menyerang kampung itu dan merebak ke kampung berdekatan termasuk Kampung Bukit Pelanduk.

virus nipah kampung sungai nipah

Wabak Misteri Di Negeri Sembilan Yang Pernah Mengegarkan Negara

Kawasan dihuni masyarakat majmuk yang hidup penuh harmoni itu kini diselubungi panik, kekecohan dan bunyi tangisan penduduk yang meratapi kematian ahli keluarga dan jiran mereka setiap hari. Di hospital, kebanyakan yang kelihatan adalah dikalangan kampung mereka sendiri sehinggakan ada diantara mereka yang putus asa dan akur dengan maut menanti mereka.

Virus yang ditemui hasil kajian Jabatan Perubatan Mikrobiologi HU dengan bantuan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Atlanta, Amerika Syarikat, itu dipercayai mempunyai tanda-tanda yang sama dengan virus JE, tetapi ia tidak boleh merebak melalui gigitan nyamuk seperti virus JE. Kajian mendapati virus Nipah dan JE tergolong dalam viral encephalitis dan menggunakan kaedah rawatan yang sama kerana mempunyai simptom yang serupa seperti demam panas dan sakit kepala. Bagaimanapun, cara kedua-dua virus ini disebarkan berbeza. Virus JE disebarkan melalui nyamuk Culex, manakala virus Nipah melalui cecair atau sentuhan khinzir.

virus nipah kampung sungai nipah

BACA: Sejarah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah

Sebulan selepas itu iaitu pada April 1999, kerajaan mengumumkan nama virus seakan Hendra yang ditemui buat kali pertama di dunia itu sebagai ‘virus Nipah’ dan ia dinamakan sempena nama Kampung Baru Sungai Nipah, Port Dickson. Bagi penduduk yang terkena serangan virus ini, mereka akan berasa pening kepala pada mulanya. Kemudian ia akan merebak ke belakang leher sebelum demam dan meninggal dunia selepas 3 atau 4 harinya. Pada mulanya Pegawai Kementerian Kesihatan datang ke kampung itu untuk menyembur ubat nyamuk bagi menghentikan penyebaran virus yang disangka JE itu. Tapi yang peliknya khinzir semua masih lagi sakit dan mulai mati. Kejadian menyebabkan penduduk kampung semakin panik.

virus nipah kampung sungai nipah

Wabak Misteri Di Negeri Sembilan Yang Pernah Mengegarkan Negara

Selepas setengah bulan kejadian bermula, ada media antarabangsa datang buat liputan mengenai kampung mereka. Ada diantara pengamal media berkenaan berkata bahawa virus tersebut boleh menjangkiti orang lain sehinggakan semuanya akan mati dijangkiti sekiranya tidak keluar daripada kampung berkenaan. Disebabkan hal tersebut, semakin ramai penduduk kampung yang percaya dan berpindah keluar dari situ.

virus nipah kampung sungai nipah

Menurut Ketua Kampung Bukit Pelanduk, Manikam Nagamalay pada ketika itu terdapat 42 keluarga ditempatkan di Hospital Port Dickson (kini dikenali sebagai Klinik Kesihatan Port Dickson) sebagai pusat perlindungan sementara manakala penduduk lain berpindah ke rumah sanak saudara di negeri atau daerah berbeza. Beliau terpaksa tidur dalam kereta selama sebulan di pekarangan Hospital Port Dickson kerana perlu bersedia untuk membawa penduduk ke Hospital Seremban menggunakan keretanya sendiri jika mereka mula jatuh sakit.

Selepas semburan nyamuk tidak berkesan, pihak tentera mula memasuki kampung itu menghapuskan ratusan ribu khinzir. Khinzir ini kemudiannya ditanam di dalam satu lubang besar yang dikorek berdekatan dengan setiap kandang. Walaubagaimanapun, bukannya semua khinzir dapat ditembak kerana ia terlalu banyak. Ada yang mati dalam kandang disebabkan sakit dan tidak mendapat makanan yang mencukupi.

BACA: Lagenda Buaya Putih Sungai Linggi Negeri Sembilan

virus nipah kampung sungai nipah

Wabak Misteri Di Negeri Sembilan Yang Pernah Mengegarkan Negara

Menurutnya lagi, selepas 3 bulan kampung itu sunyi tanpa penghuni, penduduk mula kembali namun dengan hati yang tidak tenang kerana takut virus itu kembali. Wabak tersebut telah mengubah sama sekali kehidupan di kampung tersebut. Disebabkan pihak kerajaan telah melarang penternakan khinzir di kawasan itu, penduduk bertukar kepada penanaman kelapa sawit, menternak lembu dan kambing serta keluar mencari kerja di tempat lain.

Kini hampir 18 tahun berlalu, virus Nipah dan JE tercatat dalam sejarah hitam negara sebagai antara jangkitan wabak yang amat menggemparkan. Serangan virus itu menyebabkan lebih 100 orang terkorban termasuk kira-kira 30 kanak-kanak serta hampir satu juta khinzir terpaksa dibunuh bagi membendung penularan wabak berkenaan.

virus nipah kampung sungai nipah

Dikatakan nyamuk bukanlah punca penularan virus ini, mengikut kajian para saintis yang melakukan ujikaji di Malaysia, virus tersebut positif datangnya daripada kelawar. Tapi persoalannya bagaimana pula virus boleh tersebar?Di Sungai Nipah tiada kelawar. Desas desus menyatakan ada seorang wanita menceritakan sesuatu yang tidak dijangka, wanita tersebut berasal dari utara Perak, mengikut ceritanya suami dan anaknya yang paling awal mati akibat diserang wabak tersebut oleh kerana sayang akan perniagaan, suaminya sempat berpesan kepada isterinya supaya meneruskan perniagaannya. Wanita tersebut sedar akan bahayanya keadaan khinzir yang dipelihara, serta merta dia mengambil keputusan menjual semua khinzir yang ada dengan harga yang murah, dan dia berjaya menjual semua khinzirnya di seluruh Malaysia. Begitulah kisahnya dengan Kampung Sungai Nipah yang turut membeli haiwan dari wanita tersebut. Sejauh mana ketepatan cerita ini, hanya penduduk Kampung Sungai Nipah yang mengetahuinya. Sekiranya ada dikalangan anda tahu mengenai perkara ini, bolehlah berkongsi dengan kami disini. (Sumber Rujukan: Sinar Harian Nov 2014) – orangnogori.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. Anonymous