Viral Isyarat Lucah, Polis Minta Lelaki Ini Tampil

Viral Isyarat Lucah, Polis Minta Lelaki Ini Tampil – Polis meminta seorang lelaki yang menunjukkan isyaratlucah bersabit penyebaran gambar viral di Lorong Tambah Nilai Touch n Go, Plaza Tol Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pagi semalam tampil bagi melengkapkan siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis daripada seorang pengadu wanita berhubung kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 pagi itu.

 Polis minta lelaki tunjuk isyarat lucah tampil

Viral Isyarat Lucah, Polis Minta Lelaki Ini Tampil

Menurutnya, pengadu mendakwa diaibkan seorang lelaki dengan isyarat lucah.

Katanya, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu potong barisan tunjuk isyarat lucah]

“Bagi tujuan melengkapkan siasatan, polis meminta individu berkenaan supaya tampil bertemu dengan Inspektor Mohd Azimi Azman di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut juga boleh berhubung dengan balai polis terdekat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Semalam laman media sosial kecoh dengan penyebaran gambar seorang lelaki yang dikatakan menunjukkan isyarat lucah selepas didakwa memotong barisan kenderaan di sebuah plaza tol.

Status dimuat naik seorang wanita itu dikatakan menjadi viral dan mendapat ribuan perkongsian hingga menjadi perhatian netizen.

Susulan penyebaran gambar, akaun Twitter Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam meminta pengadu yang memuatnaik gambar supaya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. lapor Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih