Viral Isyarat Lucah, Lelaki Ini Jelaskan Punca Sebenar

Viral Isyarat Lucah, Lelaki Ini Jelaskan Punca Sebenar | Bermula semalam, beberapa keping gambar seorang lelaki yang menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu kenderaan lain di plaza tol mula menjadi viral. Neysa Anwar memuat naik 6 gambar menunjukkan lelaki terbabit yang memandu kereta Perodua Myvi memotong barisan ketika beratur di plaza tol.

“Lelaki ini sangat mementingkan diri dan tiada adab. Orang lain beratur panjang hampir setengah jam sampai sesak di belakang, dia boleh terus masuk, kemudian bila orang hon dan memintanya beratur dia tidak berpuas hati.

Viral Isyarat Lucah

Viral Isyarat Lucah, Lelaki Ini Jelaskan Punca Sebenar

“Dia keluar ketuk cermin dan kemudiannya tunjuk jari tengah. Dia langsung tidak angkat tangan atau meminta maaf. Orang belakang beratur panjang dan hon juga,” kata Neysa dalam status Facebook miliknya. [BACA: BIADAP !! Dah La Potong Q Pastu Lagak Samseng Pulak]

Screenshot Perbualan Lelaki Mula Tersebar

Selepas itu, melalui screenshot lelaki yang dikenali sebagai East Ramadhani Zainudin memberitahu rakannya dia tersilap masuk lorong dan tidak mempunyai pilihan lain dan terus masuk ke lorong yang mana kereta lain beratur panjang.

Sebelum masuk ke lorong dan memotong dihadapan Neysa dia mendakwa telah memberi isyarat dan mengangkat tangan tanda hormat, namun Neysa masih membunyikan hon dengan panjang.

Dericck Chan juga mendakwa dia mempunyai nasib yang sama dan pernah diberikan isyarat lucah oleh lelaki tersebut. Viral Isyarat Lucah

Sementara itu pihak Polis Diraja Malaysia telah memaklumkan kepada Neysa supaya membuat laporan polis berhubung kejadian itu supaya pihaknya dapat membuat siasatan.

Sumber: Blog Amar

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih