(Video) Sukan Sea 2017: Malaysia lawan Myanmar 3-1

(Video) Sukan Sea 2017: Malaysia lawan Myanmar 3-1 – Perlawanan bola sepak Sukan Sea antara Malaysia dan Myanmar sebentar tadi memperlihatkan anak buah Ong Kim Swee beraksi cemerlang apabila mengalahkan Myanmar 3-1. Gol pertama permainan diraih oleh Malaysia pada minit ke-33 menerusi N. Thanabalan. Selang beberapa minit selepas itu, Safawi Rasid berjaya menyumbang gol kedua buat Malaysia sekaligus menambah koleksi gol peribadinya kepada dua.

 Malaysia lawan Myanmar 3-1

(Video) Sukan Sea 2017: Malaysia lawan Myanmar 3-1

Aksi separuh masa pertama berakhir dengan cubaan tersasar ke arah gol Myanmar. Malaysia mendahului dengan 2-0.

Separuh masa kedua bermula, tiada sebarang gol berjaya dihasilkan diawal permainan.

Bagaimanapun, komunikasi yang baik antara pemain negara pada minit ke-82 membolehkan hantaran silang dilakukan dihadapan gawang gol Myanmar sebelum disempurnakan oleh Thanabalan sebagai gol ketiga buat Malaysia.

Permainan bersambung, kesilapan pasukan Malaysia pada minit ke-86 perlawanan memberi peluang kepada Myanmar membolosi gol Malaysia dengan jaringan oleh Than Paing.

Di minit-minit akhir perlawanan, Myanmar dilihat memberi cabaran-cabaran hebat kearah gawang gol Malaysia namun gagal membuahkan sebarang hasil biarpun masa tambahan 6 minit diberikan oleh pengadil perlawanan, WK Lakmal Weerakkody .

Permainan tamat. Malaysia menang 3-1.

Malaysia akan bertemu Laos dalam perlawanan terakhir Kumpulan A pada Rabu, 23 Ogos 2017.




Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms: