Video Punca Wanita Ditarik Staff AirAsia Jadi Viral..

Video Punca Wanita Ditarik Staff AirAsia Jadi ViralPUTRAJAYA – Video seorang penumpang wanita ditarik oleh kakitangan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, tersebar di laman sosial. 
 
Video berdurasi 24 saat itu tersebar di laman sosial sejak sejam yang lalu.
 
Dalam kejadian yang berlaku di ruang aero bridge itu, kelihatan seorang penumpang wanita meronta-ronta meminta dilepaskan oleh kakitangan AirAsia itu, namun tidak diendahkan.
 
Wanita berbangsa Cina itu pada mulanya mempersoalkan mengapa kakitangan terbabit mahu membawanya keluar dari ruang itu. 
 
Kakitangan itu bagaimanapun hanya menjelaskan dia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Jawapannya itu membuatkan wanita berkenaan enggan berganjak dan terpaksa bergelut seketika.“Saya akan saman awak! Okay?!”
 
Wanita itu juga dilihat sempat menendang seorang anggota polis yang cuba menenangkan wanita terbabit. kredit thehypemedia.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih