VIDEO: Polis Buru Pemandu Myvi Halang Ambulans Di Lorong Kecemasan

VIDEO: Polis Buru Pemandu Myvi Halang Ambulans Di Lorong Kecemasan – Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) sedang memburu pemandu Perodua Myvi yang menyalahgunakan lorong kecemasan di Lebuhraya Persekutuan dan menghalang serta tidak mempedulikan ambulans dibelakangnya yang sedang membawa pesakit menggunakan laluan tersebut.

VIDEO: Polis Buru Pemandu Myvi Halang Ambulans Di Lorong Kecemasan

Pada 25 Januari lalu, seorang pengguna laman facebook bernama Muhammad Ardan, seorang jururawat bertauliah, memuatnaik video yang dirakam menerusi dashcam ambulans tersebut ke akaun miliknya. Dalam video tersebut, pemandu Myvi tersebut dengan jelas menyalahgunakan lorong kecemasan dan tidak mahu memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan walaupun siren telah dihidupkan.

VIDEO: Polis Buru Pemandu Myvi Halang Ambulans Di Lorong Kecemasan

Pada minit ke 1:20, pemandu Myvi berkenaan hampir menyebabkan kemalangan apabila dia secara mengejut masuk semula ke lorong kecemasan, menyebabkan ambulans tersebut terpaksa membrek dengan kuat.

Laporan dari News Straits Times menyatakan, ketua polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat menasihatkan pemandu Myvi tersebut agar tampil menyerah diri secepat mungkin. “Kami sedang menyiasat kes ini. Polis akan mengesan identiti pemandu berkenaan, untuk memudahkan siasatan. Saya menggesa agar pemandu ini tampil menyerah diri secara sukarela,” katanya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih