Video Pesawat Gesel Pagar Lapangan Terbang Jadi Viral

Video Pesawat Gesel Pagar Lapangan Terbang Jadi Viral

Costa Rica – Sebuah pesawat dilaporkan terbang begitu rendah ketika mendarat sehingga mengejutkan penumpang dan pemandu di jalan raya apabila turut menggesel pagar keselamatan lapangan terbang.

Malah, pesawat Airbus 340 itu begitu rendah sehingga saksi mendakwa dapat melihat jelas bahagian bawah perutnya.

Kediaman berhampiran juga dilapor bergegar berikutan kejadian itu.
Kejadian berlaku selepas pesawat Iberia itu yang tiba dari Madrid terpaksa mengubah kaedah mendarat disebabkan tiupan angin ketika mahu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santamaria, Ahad lalu.

Kejadian dirakam penumpang serta saksi sebelum dimuat naik di Internet.

Pemilik restoran berhampiran lapangan terbang, Francisco Portillo berkata: “Memang kejadian itu pelik. Ketika itu restoran saya dipenuhi pelanggan.

“Rata-rata kami di sini sudah biasa melihat pesawat dari jarak yang agak dekat, namun kali ini memang kapal terbang itu terlalu rendah menyebabkan semua orang terkejut.”

Bagaimanapun, pihak berkuasa lapangan terbang dan syarikat penerbangan itu menegaskan pendaratan itu terkawal dan tiada apa yang luar biasa.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Costa Rica Rolando Richmond berkata: “Tiada altitud khusus perlu dipatuhi juruterbang ketika melintasi pagar lapangan terbang itu.

“Mereka cuma perlu memastikan sempat mengaktifkan tayar dan berjaya mendarat di kawasan sepatutnya.”

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih