Video Jamal ‘Jamban’ Bawa Arak Dan Pecahkan Depan Pagar SUK Selangor

Video Jamal ‘Jamban’ Bawa Arak Dan Pecahkan Depan Pagar SUK Selangor – JAMAL Jamban buat hal lagi, kali ini dia dengan geng-geng kepala tingtongnya, datang di depan pintu masuk bangunan pentadbiran kerajaan negeri Selangor (SUK) dengan membawa beberapa kotak arak sebelum memecahkannya menggunakan tukul besi.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Video Jamal ‘Jamban’ Bawa Arak Dan Pecahkan Depan Pagar SUK Selangor

Botol-botol arak yang telah dipecahkan bersepah-sepah di depan pintu pagar berkenaan, air kencing syaitan itu berhamburan di sana sini yang pastinya mengeluarkan bau yang tidak enak.

Kata Jamal, “kita tak suka minuman ini digalakan. Kalau nak minum biar Azmin Ali and the gang, exco-exco mabuk dalam pejabat, jangan biarkan rakyat Negeri Selangor ni mabuk, berpesta arak,”

“Ini yang kita tak nak, kami tak suka ni,” kata Jamal sebelum menghayunkan tukul besi ke arah beberapa kotak arak yang disusun di pintu pagar tersebut, sekaligus memecahkannya.”

Pihak media yang berada di tempat kejadian turut menyaksikan dan merakam tindakan Jamal itu. Jamal kemudiannya terus berlalu pergi bersama rakan-rakannya.

Pengawal keselamatan yang bertugas pula hanya menyaksikan gelagat Jamal dari kejauhan, di sebalik pintu pagar yang dipercayai berkunci.

Di bawah ini rakaman video kejadian tersebut.

Nampaknya Jamal Jamban sedang berhempas pulas untuk menaikkan kembali popularitinya, dengan isu-isu dan gimik bodoh, selepas namanya kian tenggelam akibat peningkatan mendadak nama saudara Yusuf Azmi (PPIM) yang kini sedang hangat jadi bualan orang ramai di media sosial.

Sumber: www.milosuam.net

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih