Video: Eskalator Pusat Beli Belah Tiba-tiba Mengundur

Video: Eskalator Pusat Beli Belah Tiba-tiba Mengundur

Kuala Lumpur – Video pengunjung sebuah pusat beli belah jatuh dari eskalator seperti domino menjadi viral, baru-baru ini.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dipercayai pengunjung terjatuh selepas pergerakan eskalator itu tiba-tiba sahaja mengundur menyebabkan 20 orang terjatuh atas satu sama lain.

Rakaman sepanjang dua minit itu menunjukkan pengunjung termasuk seorang wanita yang mendukung anak kecil menaiki eskalator tetapi tidak lama selepas itu pergerakan eskalator mengundur menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

Kejadian dikatakan berlaku di Setia City Mall, Shah Alam.

Video yang dimuat naik oleh satu kumpulan Facebook Video Viral, tersebar dan dilihat 62,000 kali dan menerima 700 likes serta dikongsi sebanyak 1,600 sejak lebih dua jam lalu.

Netizen terperanjat dengan kemalangan yang berlaku dan ada yang menggesa supaya pengurusan Setia City Mall untuk bertanggungjawab.

“Confirm la tu Setia City Mall.. Mmg tulisan, signage semua betul scm. Saman la SP Setia tu”, kata seorang pengguna Facebook, menurut sumber The Rakyat Post.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih