Video Budak JDT Ditampar, Disepak, Dicekik Dengan Hos Air Tersebar..

Video Budak JDT Ditampar, Disepak, Dicekik Dengan Hos Air Tersebar..

Isu buli dalam kalangan remaja sekarang semakin menjadi-jadi sampai ada nyawa yang terkorban. Apakah punca mereka bertindak sedemikian sehingga menolak kesan yang akan terjadi daripada tindakan mereka itu?

Video seorang remaja yang dibuli oleh sekumpulan rakan sebayanya ini memaparkan betapa tiada perasaan simpati dan rasional daripada perbuatan yang dianggap jenayah ini.

Disepak, ditampar dicekik dan bermacam-macam lagi tanpa belas kasihan malah seolah-olah sekumpulan remaja ini seronok melakukan perbuatan jenayah itu.

Menurut laporan, video yang berdurasi 1 minit 46 saat ini telah pun tersebar di media sosial dan mendapat perhatian ramai malah pihak polis kini telah menjalankan tindakan terhadap mereka dengan menegsan saspek-saspek yang terlibat.

Kepada para ibu bapa, pantaulah anak-anak anda dengan sebaik mungkin dan kepada si pembuli jangan ingat anda akan terlepas. Perbuatan anda ini lambat laun akan memakan diri sendiri. Tak usahlah mahu menunjuk hebat dan kuat dengan cara membuli yang akhirnya akan membawa kepada nyawa insan yang tidak bersalah melayang.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses