[VIDEO] Benarkah Wujud Penampakan Manusia Bersayap Terbang Di Celah Awan Gunung Kinabalu ?!!

[VIDEO] Benarkah Wujud Penampakan Manusia Bersayap Terbang Di Celah Awan Gunung Kinabalu ?!!

Selepas gempa bumi di Sabah, diberitakan ada dua imej manusia bersayap terbang di celah-celah awan di puncak Gunung Kinabalu.

Sebelum ini sekumpulan warga Eropah telah berbog3l di puncak Gunung Kinabalu sehingga mengundang kemarahan penduduk tempatan.

Selang beberapa hari selepas itu, gempa yang kuat telah melanda Sabah sehingga mengorbankan beberapa nyawa pendaki.

Namun begitu, terdapat juga satu versi mengatakan bahawa peristiwa tersebut berlaku di Brazil. Kononnya Makhluk Bersayap tersebut merupakan  Malaikat yang telah berjaya dirakamkan di Langit Brasil.

Perkara ini agak misteri namun segala perkara dalam dunia ini merupakan rahsia Allah. Oleh itu berhati-hati lah dalam setiap gerak langkah kita.

Dua Malim Gunung Terkorban Pernah Lihat Pelancong Bog3l

KOTA KINABALU: Malim gunung, Joseph Solugin dan Robbi Sappinggi pernah terlihat tindakan pelancong asing yang berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu, seminggu sebelum mereka terkorban dalam kejadian gempa bumi yang melanda Sabah.

Kedua-duanya maut akibat dihempap batu yang terjatuh susulan gempa bumi pada 5 Jun lalu.

Kakak sulung kepada Joseph, Myren berkata adik bongsu daripada 11 beradik itu dilihat tidak gembira selepas pulang dari mendaki gunung pada 30 Mei lalu.

“Hari ini saya begitu malang. Robbi dan saya melihat sekumpulan pelancong asing berbog3l di atas puncak Gunung Kinabalu,” katanya.

Dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh isteri Joseph.

Myren berkata Joseph berasa tidak senang selepas menyaksikan tindakan biadap itu.

Jelas Myren, isteri Joseph cuba menghalangnya untuk pergi mendaki gunung pada 4 Jun lalu.

Namun, Joseph memberitahu isterinya dia tidak boleh mengambil cuti kerana ramai pelancong menunggu untuk mendaki gunung tersebut.

Dia berjanji untuk pulang pada 12 Jun bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

“Malangnya, pada malam 4 Jun adalah kali terakhir kami bersama dengannya,” kata Myren.

Amazing Borneo, syarikat tempat Joseph bekerja, berkata mayat bapa kepada dua orang anak yang masing-masing berusia dua dan empat tahun itu ditemui terhempap dibawah bongkah batu.

Menurut laman web syarikat tersebut, rakan sekerja Joseph, Sharul-nizam Suhaji menyifatkannya sebagai orang yang baik hati dan mudah didekati.-mstar

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms: