Vanidah Terlibat Kemalangan, Kereta Rentung

Vanidah Terlibat Kemalangan, Kereta Rentung

Kuala Lumpur – Industri hiburan hari ini digemparkan dengan nahas kemalangan yang menimpa pelakon Vanidah Imran apabila kereta Mini Cooper yang dipandunya secara tiba-tiba terbakar, dekat Sungai Besi kira-kira jam 3 pagi tadi.

Difahamkan, ketika itu Vanidah sedang dalam perjalanan pulang dari penggambaran drama di Serdang.

Memetik laporan Berita Harian, suami Vanidah, Rashidi memaklumkan bahawa isterinya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Dia tak apa-apa, masih tidur lagi. Alhamdulillah dia terselamat daripada sebarang kecelakaan. Cuma sedikit trauma dengan apa yang terjadi. Kereta itu memang rosak dan hancur teruk selepas terbakar.

“Punca kereta boleh terbakar tidak diketahui dan kami menyerahkan kepada pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan. Kami juga sudah membuat laporan polis di Puchong,” katanya.

Tambah Rashidi, dia bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat panggilan daripada isterinya.

Kereta Mini Cooper yang dipandu Vanidah itu dimenangi ketika dia dan suami menjuarai pertandingan Sehati Berdansa musim pertama yang disiarkan stesen Astro pada tahun 2007.

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 110 times, 1 visits today)

Leave a Reply