Peribadi Mulia Shamsul Ghau Ghau Punca Sebenar Berhijrah

Shamsul Ghau Ghau bukanlah satu nama yang asing di dalam industri seni hiburan tanah air. Jika dahulu kita sering bergelak ketawa melihat lakonan ShamsulGhauGhau di kaca televisyen namun kini tidak lagi.

shamsul ghau ghau

Peribadi Mulia Shamsul Ghau Ghau Punca Sebenar Berhijrah

Mungkin ramai yang tidak tahu Shamsul Ghau Ghau sebenarnya sudah memperlahankan aktiviti seninya selaras dengan penghijrahan mendalami agama Islam.

Cerita tentang kebaikan daripada penghijrahan Shamsul mula tersebar di laman sosial malah diakui oleh beberapa kenalan dan netizen.

Doa ibu ustaz

samsul2

Menerusi satu status yang dikongsi oleh seorang ustaz di Facebook, ustaz berkenaan pergi menyampaikan kuliah di sebuah masjid dan cukup senang melihat peribadi Shamsul yang turut hadir.

Shamsul Ghau Ghau yang duduk di saf hadapan para jemaah dengan lemah lembut menyapa Ustaz berkenaan.

Mungkin ditanya mengenai sebab atau kenapa dirinya berhijrah, Shamsul menjawab “Doa ibu Ustaz.”

Screen Shot 2015-08-19 at 11.14.31 PM

Komen netizen

Dalam pada itu, beberapa kenalan dan individu yang mengenali Shamsul turut berkongsi tentang peribadinya di ruangan komen.

Screen Shot 2015-08-19 at 11.41.15 PM 1Screen Shot 2015-08-19 at 11.41.27 PMScreen Shot 2015-08-19 at 11.42.23 PM

Pernah tahun lalu ketika ditanya oleh wartawan kenapa dirinya berhijrah ke arah yang lebih baik, Shamsul mengakui terkesan melihat sahabat-sahabatnya yang telah ‘pergi’ meninggalkannya.

Apa-apa pun moga Shamsul Ghau Ghau terus istiqomah dalam apa jua yang didalami dan dipelajari.

Sumber : Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani/ohbulan

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih