UNTUNG LA !! Harga Petrol RON95 Naik 10sen Seliter

Powered by WP Review

UNTUNG LA !! Harga Petrol RON95 Naik 10sen Seliter – Harga minyak petrol RON95 akan naik 10sen seliter bermula tengah malam ini. Kenaikan berlaku walaupun berlaku kejatuhan harga minyak dunia sejak 10 Jun lalu. Harga RON97 pula akan naik 20sen seliter manakala hargadiesel kekal.Hargabaru ini disahkan dengan beberapa pengendali stesen minyak.

Harga Petrol RON95 Naik 10sen Seliter

RON95 dan diesel sekarang dijual pada hargaRM2.05 seliter sementara RON97 pula dijual dengan hargaRM2.35 seliter, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

harga petrol
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dilapor mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan lagi mengumumkan harga baru petrol pada hari terakhir setiap bulan.

Hasan dilapor sebagai berkata, mulai hari ini, pengguna hanya akan mengetahui harga baru sama ada berubah atau kekal pada tengah malam.

Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) mengalu-alukan tindakan itu kerana pengumuman awal akan mengganggu kelancaran operasi stesen minyak.

Kerajaan menggunakan kaedah pengapungan terkawal harga minyak dan tidak lagi menanggung subsidi sejak Disember tahun lepas. – Malaysiakini

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...