Tunku Laksamana Johor Mangkat – Al-Fatihah

Tunku Laksamana Johor Mangkat – Al-Fatihah

JOHOR BAHRU – Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim disahkan mangkat kira-kira jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, hari ini.

Perkhabaran kemangkatan berkenaan telah disampaikan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Beliau berkata, istiadat pemakaman Almarhum akan dilakukan secara istiadat separuh kemangkatan diraja.

“Jenazah Almarhum akan mula dilakukan istiadat bersiram dan dikafankan bermula jam 7 pagi esok.

“Kemudian jenazah akan disembahyangkan di bilik jenazah sebelah bilik singgahsana oleh kerabat diraja,”katanya.

Abdul Rahim berkata, jenazah Almarhum juga akan diletakkan di dalam keranda yang diselimuti bendera rasmi Tunku Laksamana Johor bersama topi dan pedang Polis Diraja Malaysia memandangkan beliau merupakan seorang anggota polis.

“Orang ramai dan kenamaan juga akan diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum bermula jam 9 pagi sehingga 11.30 tengahhari esok.

“Jenazah dijangka akan dimakamkan selepas solat zuhur di Makam Diraja Mahmodiah di sebelah kanan Makam Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail,” katanya pada sidang media di Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Difahamkan, perkabungan selama tiga hari kepada orang ramai dan tujuh hari kepada kerabat akan dilakukan selain penurunan semua bendera daerah Johor kecuali bendera Istana diturunkan separuh tiang selama tiga hari bagi menghormati kemangkatan Tunku Abdul Jalil. lapor Sinar Online.

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 84 times, 1 visits today)

Leave a Reply