Tun M Minta Maaf, Yakin Masih Ramai Sokong TSMY

Tun M Minta Maaf, Yakin Masih Ramai Sokong TSMY

SERI ISKANDAR – Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas ‘kesilapan’ memilih penyambung legasi kepimpinan negara ini.

“Saya ingat saya pilih Mr Clean, tapi yang bersih, pilih jadi kotor. Manalah saya tau. Kalau bagi nasihat awal, saya boleh pilih orang lain. Jadi saya minta ampun dan maaflah pada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata, ketika pilihan dibuat, beliau hanya melihat individu yang mempunyai rekod bersih dan layak untuk memimpin negara.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan peserta forum ‘Social Evolution in Malaysia: What’s Next?’ di Universiti Teknologi Petronas (UTP), di sini, semalam.

Forum itu membincangkan topik potensi pemimpin yang diputuskan bagi menyambung legasi kepimpinannya sebelum beliau melepaskan jawatan perdana menteri pada 31 Oktober 2003 setelah menyandang posisi nombor satu itu selama 22 tahun bermula 16 Julai 1981.

Dr Mahathir kemudian melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantikannya manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula mengambil alih kerusi Abdullah pada 3 April 2009 hingga sekarang.

Menurut Dr Mahathir, keadaan negara kini sudah berubah menjadi lebih kotor apabila sistem perundangan sedia ada tidak lagi boleh dipraktikkan seperti mana diharapkan.

“Bila ada orang kata cash is king….susahlah. Ideanya, kita beri wang, mereka akan suka dan sokong kita.

“Tapi nak bagi orang duit, kita kena ada duit,” katanya sinis.

Menjawab persoalan dibangkitkan seorang ahli Umno mengenai kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada Kabinet Najib, Dr Mahathir berkata, pihaknya yakin, ramai ahli parti itu masih menyokong untuk Muhyiddin dikekalkan sebagai timbalan perdana menteri.

“Isu ini (pengguguran Muhyiddin) banyak kontroversinya. Ada yang duit tiba-tiba hilang, ada pula yang tiba-tiba masuk dalam akaun sendiri. Mungkin ada baiknya dia (Muhyiddin) waktu jadi timbalan dulu, jangan banyak bertanya… inilah kesannya.

“Tapi saya yakin, kalau tanya ahli Umno, ramai masih suka Muhyiddin jadi TPM,” katanya.

Pada era Mahathir sebagai perdana menteri, tiga daripada empat timbalannya tidak sempat diangkat untuk menggantikan beliau melainkan Abdullah. Mereka ialah Tun Musa Hitam yang meletak jawatan timbalan perdana menteri, Tun Ghafar Baba (kalah pemilihan jawatan Timbalan Presiden Umno kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1993) dan Anwar yang dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan Timbalan Presiden Umno pada 1998.

Pada forum yang sama, Dr Mahathir mengakui tiada keperluan bagi kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) seperti diumumkan Najib baru-baru ini.

Mengikut cadangan itu, JKNMPP bertujuan merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti, komprehensif dan inklusif.

“Buat apa? Ia bukan mengenai penubuhan jawatankuasa pun, jadi tak perlu tubuh jawatankuasa. Cukuplah,” tegasnya.

Dr Mahathir kemudian mengingatkan hal wujudnya had tertentu di sebalik erti kebebasan yang diamalkan di negara ini bagi menjaga hubungan dalam komuniti.

“Anda boleh bercakap apa sahaja atas dasar kebebasan, tapi bila bercakap berkenaan orang lain, ia masih ada hadnya kerana kita hidup dalam komuniti.

“Jika nak lihat keadaan yang lebih baik, kena bijak memilih kebebasan itu. Pilih mana yang baik dan tinggalkan yang buruk,” katanya. lapor Sinar Online.

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 62 times, 1 visits today)

Leave a Reply