Tular Video Penyamun B0gel

Tular Video Penyamun B0gel

Tular Video Penyamun B0gel – LELAKI dalam keadaan bogel dikesan mencuri beg tangan selepas memecah masuk sebuah kediaman di Jalan Dewan Simpang Tiga, Gombak, semalam.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Rahman, 27, berkata, kejadian disedari berlaku apabila ibunya bangun dari tidur untuk pergi menunaikan solat Subuh di masjid berdekatan, pada 5.30 pagi.

“Apabila ibu bangun untuk bersiap ke masjid, dia mendapati pintu belakang rumah terbuka dan terdapat kesan umpil serta terdengar bunyi tapak kaki seperti orang melarikan diri.

“Ibu segera mengejut saya bersama tiga adik, memaklumkan kejadian dan meminta kami memeriksa bahagian belakang rumah.

“Susulan itu, saya memeriksa bahagian belakang rumah dan menemui pisau serta kayu disyaki digunakan suspek bagi mengumpil pintu rumah kami,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Tular Video Penyamun B0gel

Rahman berkata, semakan dilakukan mendapati beg tangan yang mengandungi pakaian, wang tunai RM300, telefon pintar dan dokumen peribadi milik adik perempuannya berusia 21 tahun turut didapati hilang dipercayai dicuri oleh suspek.

“Susulan kejadian saya menyemak rakaman CCTV milik jiran yang tinggal di hadapan rumah bagi mengenalpasti kegiatan suspek.

“Semakan CCTV mendapati seorang lelaki dalam keadaan berbogel memikul beg tangan dipercayai milik adik dan melarikan diri selepas memecah masuk kediaman kami.

“Saya bersama keluarga kemudian membuat laporan di Balai Polis Gombak Setia, di sini, pada hari sama dan kami berharap siasatan lanjut dapat dilakukan bagi menangkap suspek,” katanya.

Kejadian turut menjadi tular apabila rakaman video CCTV yang memaparkan suspek berbogel terbabit dimuat naik oleh keluarga mangsa di media sosial. – myMetro

______________________________________________

PERHATIAN KEPADA PENDUDUK GOMBAK : pagi tadi 3 December 2017, rumah saya kena pecah anggaran pukul 5 pagi, mak bangun kan saya pukul 5.30 untuk hantar ke Masjid,

dalam masa yang sama kami perasan pintu rumah belakang kena pecah, saya cuba check sekitar belakang rumah, saya tak jumpa sebarang orang, tetapi saya terdengar bunyi orang cuba melarikan diri,

dengan rasa tak puas hati, kami sekeluarga cuba check guna CCTV rumah, dan kami dapati seorang lelaki berkulit gelap tanpa baju macam video kat dalam ni telah melarikan bag adik saya..

jadi kepada orang Gombak, hati hati dan awasi keluarga, kalau barang hilang boleh tahan, tapi kalau dia masuk dan rogol ahli keluarga perempuan macam mana? Apa apa pun bersyukur semua selamat,

dan untuk pengetahuan semua, rumah saya ni terletak di Lorong dewan simpang 3 gombak iaitu bersebelahan tadika kemas dan berdekatan sungai

Image may contain: outdoor

Image may contain: outdoor

No automatic alt text available.

Ini video yang berjaya dirakam


Pandangan penulis:
setiap orang hari ini lupa perkara-perkara penting jika berlakunya kecemasan jadi ini sekadar perkongsian buat anda

1, simpan nombor telefon agensi penting dalam telefon bimbit anda

nombor telefon polis , bomba ,ambulan wajib ada dalam telefon masing-masing supaya senang untuk kita hubungi pihak berwajib apabila berlakunya sesuatu kejadian tak diingini seperti ini.

biasanya kita hanya hubungi talian 999 namun kita tidak fikir talian ini membuatkan bantuan lambat tiba jika ada rompakan dan kes pecah rumah sudah tentu ianya takkan berjaya ditangkap

2, gunakan Alarm/sensor

zaman teknologi kini pelbagai kemudahan yang ada namun kita tidak tahu fungsi alarm ini ia akan berbunyi sekiranya ada orang cuba buka pintu rumah anda antara alarm mudah didapati di DIY ialah pedal alarm lock hanya kunci sahaja pedal alarm lock ini apabila ada orang sentuh pintu grill anda pasti ia berbunyi dengan nyaringan sangat kuat jadi penjenayah pasti akan lari

3, jangan hanya harapkan tombol lock pintu semata-mata

ramai orang tidak sedar mereka hanya menggunakan tombol lock semata-mata tanpa ada lock pendua perkara ini sangat berbahaya kerana ianya mudah dibuka

jadi anda perlu buat pendua lock yang dipasang dari dalam lagi besar lagi atas dan bawah

sekian semoga bermanfaat – Yaze Dody

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih