TRAGIS !! Suami Isteri Rentung

TRAGIS !! Suami Isteri Rentung

Johor Bahru – Sepasang suami isteri rentung apabila kereta yang dinaiki mereka dilanggar sebuah lori kontena lalu terbakar di Kilometer 105, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) dekat Yong Peng, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad yang mengesahkan kejadian berkata mangsa dikenali sebagai Sudharshan Vijaya Renga, dan isterinya Anuja Nirumal Kumar, masing-masing 32 tahun.

Sementara itu pemandu lori kontena itu yang berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, kata beliau.

“Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Baharu, baru keluar dari susur perhentian Yong Peng.

“Menurut saksi, tiba-tiba kereta dinaiki mereka terhenti di tengah lorong seperti mengalami kerosakan enjin,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kemudian, sebuah lori kontena dari arah belakang tidak sempat mengelak dan terus melanggar belakang kereta tersebut menyebabkan kereta itu terbabas lalu terbakar.

“Kedua-dua mangsa tidak sempat keluar (dipercayai pengsan) pada kejadian kira-kira 11 pagi tadi,” kata Din.

Mayat kedua mangsa kini dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk tindakan lanjut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, lapor Bernama.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih