TRAGIS !! Suami Isteri Maut, Kenderaan Rempuh Pokok

TRAGIS !! Suami Isteri Maut, Kenderaan Rempuh Pokok

SUBANG JAYA – Pasangan suami isteri antara empat yang maut dalam kemalangan di Kilometer 9.9 Lebuhraya Elite dari arah Subang Jaya ke arah Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, kesemua lapan mangsa menaiki sebuah kereta jenis Toyota Estima sebelum kenderaan dinaiki terbabas dan merempuh sebatang pokok di bahagian kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, akibat kemalangan tersebut, pemandu dan tiga lagi penumpang maut di lokasi kejadian.

Manakala empat lagi yang cedera parah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Kenderaan dinaiki remuk teruk akibat rempuhan kuat. Kesemua mangsa beralamat di Banting dan berusia antara 25 hingga 35 tahun,” katanya.

Bedah siasat akan dijalankan di pagi ini di Hospital Putrajaya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. lapor Sinar Online.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih