Tragis Penunggang Motosikal Maut Rempuh Belakang Lori

Tragis Penunggang Motosikal Maut Rempuh Belakang Lori

Tragis Penunggang Motosikal Maut Rempuh Belakang Lori – KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Bukit Sentosa, Rawang, pagi tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 7.29 pagi dan mangsa Omar Fadillah Abu Bakar, 39, dilaporkan dalam perjalanan dari arah Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa menuju ke Jalan Kilang Perodua.

Tragis Penunggang Motosikal Maut Rempuh Belakang Lori

Dia yang berasal dari Keratong 4, Bandar Tun Razak, Pahang, gagal mengawal motosikalnya sebelum merempuh bahagian belakang lori di Jalan Persiaran Ros, Bukit Sentosa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai, berkata mangsa yang mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kecederaan yang dialami mangsa dipercayai akibat rempuhan kuat pada besi penghalang bahagian belakang lori sebelum dia terbaring atas jalan.

“Pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun lorinya mengalami kerosakan kecil,” katanya ketika dihubungi tengah hari tadi.

Katanya, setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BHonline

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih