TRAGIS !! Pelajar Cemerlang Jatuh Tingkat 19

TRAGIS !! Pelajar Cemerlang Jatuh Tingkat 19

GEORGETOWN – Seorang pelajar lelaki ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah pangsapuri di Ayer Itam di sini pagi tadi.

Mayat Tew Zhe Ming,19, ditemui penduduk dalam keadaan terbaring di kawasan tempat letak kereta kira-kira jam 6.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, sebaik menerima maklumat, anggota polis dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa cedera serius di bahagian badan, kaki dan kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi.

“Tiada sebarang unsur jenayah yang dikesan.

“Dari temu bual dengan bapanya, mangsa adalah pelajar cemerlang di sekolah namun mengalami tekanan jiwa akibat prestasi pelajarannya menurun sejak kebelakangan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, sebelum ini mangsa pernah menerima rawatan psikiatri di sebuah hospital swasta di sini sejak dua bulan lalu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. lapor Sinar Harian.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih