TRAGIS !! Kanak-kanak Maut Terjatuh Tingkat 9

TRAGIS !! Kanak-kanak Maut Terjatuh Tingkat 9

Butterworth – Seorang budak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan rumah keluarganya di Pangsapuri Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar, Butterworth 11 pagi tadi.

Mangsa Muhammad Adam Qhalish Hairul Anuar maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Mangsa dipercayai memanjat tingkap rumahnya di sini sebelum terjatuh ke kawasan parkir di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.

Mangsa yang juga anak sulung daripada dua beradik ditemui ibunya yang berada di rumah ketika kejadian dalam keadaan berlumuran darah.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi tindakan selanjutnya, lapor Harian Metro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih