TRAGIS !! Isteri Putus Kepala, Suami Putus Tangan

TRAGIS !! Isteri Putus Kepala, Suami Putus Tangan

Port Dickson – Wanita maut dengan kepala terputus manakala suaminya putus tangan kiri selepas motosikal dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan, di Kilometer 14.2, Lebuhraya Seremban-€“Port Dickson, awal pagi tadi.

Mangsa Nor Azina Mohd Ratki, 39, yang membonceng maut di tempat kejadian manakala suaminya Shamasrol Abu Bakar, 36, parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, kemalangan berlaku pada 4.45 pagi tadi ketika mangsa dan suami menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Petaling Jaya, Selangor.

Sebaik tiba di tempat kejadian, Nor Azina dipercayai tertidur di belakang menyebabkan suaminya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

Kemalangan itu mengakibat leher Nor Azina terkena pada besi penghadang jalan sebelum terputus dan bergolek ke kanan jalan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 157 times, 1 visits today)

Leave a Reply