TRAGIS !! Ibu Dan Anak Antara Tiga Maut

TRAGIS !! Ibu Dan Anak Antara Tiga Maut

Kota Tinggi: Tiga maut termasuk dua beranak dalam kemalangan di Kilometer 42 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran stesen minyak Petron Jalan Mawai, di sini, 5 pagi tadi.

Kemalangan membabitkan kereta jenis Ford Fiesta 1.8 yang dipandu Rohayu Abas, 29, seorang kakitangan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Dua lagi penumpang kereta adalah Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, dan ibunya, Rokiah Abu Bakar, 52 dari Kampung Sri Aman, Skudai, Johor Bahru.

Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta yang dinaiki mereka dari arah Mersing dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengn lori pasir tanpa muatan.

Pemandu lori cedera di mata terkena serpihan kaca.

Jurucakap polis berkata, Rokiah yang duduk di kerusi penumpang belakang dikatakan tercampak keluar menyebabkan kecederaan parah di kepala dan badan.

Semua mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat. lapor myMetro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih