TRAGIS !! Humban Anak Dari Bangunan Sebelum Bunuh Diri

TRAGIS !! Humban Anak Dari Bangunan Sebelum Bunuh Diri

JIANGXI-CHINA. Seorang bapa bertindak kejam dengan menghumban dua anaknya yang masih kecil ke tanah sebelum terjun bunuh diri di sebuah bangunan.

Memetik laporan dari portal Shanghaiist, dua anaknya, masing-masing berumur lima dan lapan tahun, meninggal dunia di tempat kejadian setelah dihumban dari tingkat 11 bangunan tersebut.

Seorang saksi yang tidak dinamakan berkata, lelaki tersebut menolak jatuh dua anaknya termasuk diri sendiri pada sekitar 9 pagi pada Rabu lalu.

Manakala seorang wanita yang tinggal di bangunan tersebut memberitahu lelaki tersebut mengheret dua anaknya masuk ke dalam lif bangunan tersebut pada sekitar waktu yang sama.

“Salah seorang anaknya bertanya kepada lelaki itu (bapanya) ‘Ke mana kita mahu pergi?’,” katanya.

Lelaki itu dikatakan bekerja sebagai pekerja binaan.

Baru-baru ini isterinya dilaporkan telah meninggalkan dia dan anak-anak mereka. lapor Sinar Harian. – mydebat.com

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...