TRAGIS !! Guru Wanita Maut Rempuh Tol

TRAGIS !! Guru Wanita Maut Rempuh Tol

Subang Jaya – Seorang guru wanita berusia 42 tahun maut selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya merempuh pondok tol di Plaza Tol Seafield Lebuhraya Elite, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian 12.20 tengah hari itu, mangsa, Norazwa Abd Rahman dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh pondok tol berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.28 tengah hari sebelum mengerahkan sebuah jentera bersama lapan anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya dilokasi, mangsa tersepit di tempat pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa sejurus selepas tiba.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang tiba di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi, lapor Harian Metro.

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 57 times, 1 visits today)

Leave a Reply